Laman Utama
Lagi Babak The Simpsons Jadi Nyata, Mampu Menerobos Waktu & Meramal Masa Depan?
Para penonton setia siri kartun popular, The Simpsons tentunya menyedari akan beberapa babak ramalan dalam siri tersebut yang akhirnya berlaku dalam dunia realiti.
Terbaru, kejadian serangan keganasan di bangunan Capitol Hill pada 6 Januari 2021 dikaitkan dengan episod yang pernah ditayangkan pada tahun 1996.
Menurut tinjauan Gempak, perkara itu menjadi bualan ramai netizen di Twitter sejak beberapa hari lalu.
Rata-rata mereka menganggap penulis siri kartun tersebut seolah-olah mengetahui apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Who writes the stories for the Simpsons.These Simpsons predictions are accurate asfTrump is capable of this pic.twitter.com/aRu3bE8UpB— Hon. Bruce (@itzeddie_bruce) January 7, 2021
Considering the Simpsons predicted Trump would be President, I would never doubt their powers.— James (@ArmadilloGPL) January 8, 2021
i think this is when the simpsons is finally right about trump.. Now we jus to have to wait..— 2\( ˆoˆ )/21 (@Hawt2malee) January 7, 2021
Pada 8 Januari baru-baru ini, pihak Twitter telah menutup sepenuhnya akaun Trump kerana dikhuatiri mencetuskan keganasan berterusan dan melanggar polisi gergasi media sosial itu.Who writes the stories for the Simpsons.These Simpsons predictions are accurate asfTrump is capable of this pic.twitter.com/aRu3bE8UpB— Hon. Bruce (@itzeddie_bruce) January 7, 2021
Perkara ini juga dikaitkan oleh netizen dengan babak Simpsons meramal Trump duduk di atas katilnya memikirkan akaun Twitter beliau yang ditutup.
Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada penonton siri kartun berkenaan mengaitkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia hari ini juga telahpun diramal lebih awal dalam The Simpsons pada tahun 1993.It was a great decision by the Simpsons producers to hire Mystic Meg as a storyline consultant. Turns out they predicted Trump being banned by Twitter in this old episode. pic.twitter.com/zNapg61Kqh— Brendan O'Sullivan (@ImtaBrendan) January 9, 2021
Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi ramalan The Simpsons yang berlaku dalam dunia realiti antaranya penggunaan jam pintar dalam episod tahun 1995, hampir 20 tahun kemudian, jenama besar Apple memperkenalkan jam pintar yang mempunyai fungsi canggih seperti telefon pintar.
Siri kartun popular ini juga pernah meramal virus Ebola yang menular pada tahun 2014. Ramalan itu dibuat 17 tahun sebelum kejadian di mana penyakit itu masih belum wujud ketika tahun 90 an.
Namun difahamkan, penulis The Simpsons, Bill Oakley mengatakan pelbagai babak yang menjadi kenyataan itu hanyalah satu kebetulan sekaligus menolak andaian siri kartun tersebut meramal masa depan.
Sumber : HollywoodLife & Business Insider
Must-Watch Video