Skip to main content

Hiburan

Eyka Farhana Menangis Tengok PGLM, Kagum Lihat…

Eyka Farhana Menangis Tengok PGLM, Kagum Lihat…

Sekilas

  • Eyka Farhana berkongsi pengalaman menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical yang sangat indah dan memukau.
  • Dia mengakui terharu sehingga menitiskan air mata sepanjang persembahan tersebut berlangsung.
  • Eyka turut memuji kesungguhan dan bakat semua yang terlibat dalam menjayakan pementasan itu.
Advertisement

Pelakon, Eyka Farhana berkongsi pengalaman dirinya menonton teater muzikal Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) yang disifatkan sebagai sebuah persembahan teater yang cukup indah dan memukau.

Menerusi perkongsian di Threads, Eyka mengakui sukar untuk menggambarkan dengan kata-kata perasaan yang dialaminya sepanjang menyaksikan persembahan tersebut yang berjaya membuatkan dirinya menitiskan air mata.

Advertisement

“Saya menangis teresak-esak ketika menonton PGLM sebentar tadi. Sejujurnya, saya tidak mampu menggambarkan dengan kata-kata betapa indah dan magisnya keseluruhan persembahan itu.

“Setiap babak, setiap emosi dan setiap detik kecil yang dipersembahkan benar-benar menyentuh hati saya,” tulisnya.

Tambah Eyka, dia turut dapat merasai kesungguhan, minat dan jiwa yang dicurahkan seluruh tenaga produksi dalam menjayakan pementasan berkenaan.

Advertisement

Menurutnya, persembahan teater PGLM ini juga telah membuatkan dirinya berasa kagum dengan bakat yang ditampilkan setiap pelakon dan pihak yang terlibat.

“Saya dapat rasa sendiri kasih sayang, kesungguhan dan jiwa yang dicurahkan oleh semua yang terlibat untuk menghidupkan kisah ini.

“Saya meremang, air mata bergenang dan hati dipenuhi rasa kagum. Mereka semua benar-benar luar biasa. Sungguh satu pengalaman yang cukup indah,” tambahnya lagi.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement