Laman Utama

"Lakonan Bagus, Suaramu Sangat Magik!" - Netizen Puji Lagu Baru Keisya Levronka Hidup Tanpamu

Amri Hassan
20/01/2023
13:45 MYT
Siapalah yang ingin hidup tanpa cinta? Apa lagi harus merelakan hidup tanpa seseorang yang kita cintai, pasti sesuatu yang sangat berat. Buat anda yang sedang merasakan perasaan itu, single terbaharu Keisya Levronka ini mungkin mampu menjadi jawapannya.
Ya, penyanyi berbakat yang semakin meningkat naik, Keisya Levronka, kembali dengan sebuah single baharu yang berjudul ‘Hidup Tanpamu’. Single ini sekali lagi dilancarkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia.
Ini menjadi salah satu lagu melankolia dari Keisya Levronka. Melalui lagu ‘Hidup Tanpamu’, Keisya Levronka menceritakan betapa pedihnya menerima kenyataan dan menjalani hidup tanpa adanya orang yang dicintainya selama ini, bahkan berpisah menjadi solusi akhir dari kenyataan pahit itu.
“Jadi, ceritanya tentang kenyataan yang sedih kerana tidak dapat mempertahankan kisah cinta bersama, kerana memang terlalu sulit untuk dilanjutkan. Memang susah menerima kenyataan seperti ini, lantas timbul pertanyaan mampukah hidup tanpa dia, apakah rela hidup tanpa cintanya,” ujar Keisya Levronka menceritakan tentang single ‘Hidup Tanpamu’.
Dalam single ini, Keisya yang tidak lama dahulu meraih anugerah dari Anugerah Industri Muzik (AIM) Malaysia, bekerjasama dengan dua pemuzik handalan Indonesia yang diangkat sebagai pencipta lagunya. Mereka adalah Ramadhan Handy, dan Astono Andoko atau yang biasa dikenali sebagai Asta RAN.
Muziknya sendiri masih mengusung warna nuansa pop balada yang manis dengan susunan yang sangat epik nan berirama. Nuansa melankolia sangat mendominasi single ‘Hidup Tanpamu’ yang menyesuaikan dengan tema kesedihan dari lagunya.
Suara instrumen piano yang dominan dengan perpaduan kualiti serta karakter vokal Keisya Levronka yang sangat dinamik membuat lagu ini semakin indah dan terkesan megah serta sedap untuk didengar.
Selain dilancarkan dalam bentuk audio dan video lirik, single ‘Hidup Tanpamu’ juga dapat dinikmati dalam bentuk video muzik yang sudah ditayangkan sejak 16 Disember 2022 di akaun rasmi YouTube milik Keisya Levronka. Klip itu diarah oleh Bobby Adrian Vitra dan Jessy Sylviani.
Dengan single ‘Hidup Tanpamu’, Keisya Levronka berharap mereka yang mendengarkan dapat merasai ceritanya, dan mampu mendapatkan inspirasi dalam melalui situasi yang tengah dihadapi itu.
“Semoga dapat dinikmati oleh orang ramai. Dan, bagi mereka yang pernah atau sedang melalui cerita lagu itu, moga ia dapat menjadi seperti penguat semangat, dan yakinlah kalau anda tidak sendirian,” harap Keisya.
Meninjau ruangan komen di muzik video rasmi Hidup Tanpamu di YouTube, ramai yang memuji kualiti lagu baharu Keisya.
"Lagu teramat bagus, ditambah dengan lirik yang epik disertai suaramu yang magik.
"Sejak ada lagu barunya ini, lebih bagus daripada Tak Ingin Usai. Estetik banget!
"Lakonan Keisya tak usah diragukan lagi," puji beberapa warganet.
Jangan lupa dengarkan single ‘Hidup Tanpamu’ ini di semua platform muzik digital kegemaran anda. Oh ya, kalau perlu siapkan tisu saat mendengarkannya. Enjoy, guys!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Viral

Lepas Tabur Abu Dali Wassink Di Pantai, Isteri Beri Sebab Majlis Tahlil Arwah Diadakan Di Rumah Anak Yatim

gempak
24/07/2024
00:55 MYT
Selepas ‘menaburkan’ abu jenazah suami, Dali Wassink di Pantai Lembeng, Gianyar, Bali pada Ahad lalu, pelakon Jennifer Coppen kini meneruskan hidup sebagai ibu tunggal bersama anak perempuannya, Kamari.
Viral

Jennifer Coppen Nafi Dali Wassink Kemalangan Akibat Mabuk, Bertengkar Sebelum Kejadian… Kongsi Pesanan Terakhir Suami

gempak
22/07/2024
15:55 MYT
Jennifer turut menafikan dakwaan yang dia dan Dali bertikam lidah sebelum kejadian tersebut.
Viral

Penceramah Dakwa Boleh Bercakap Dengan Semut Mohon Maaf

gempak
22/07/2024
13:50 MYT
Seorang penceramah agama yang berasal dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas ceramah yang disampaikannya mengundang kontroversi.