Hiburan

Netizen Pertikai Harga Set ‘Satay Bhalut’ Mark Adam, Ini Respons Tuan Badan - “Pekerja Saya Hilang Semangat Sebab…”

gempak
Asyikin Mayudin
02/01/2025
01:55 MYT
Sponsor Banner
Netizen Pertikai Harga Set ‘Satay Bhalut’ Mark Adam, Ini Respons Tuan Badan - “Pekerja Saya Hilang Semangat Sebab…”
Baru belajar berniaga, penyanyi Mark Adam menerima komen negatif daripada netizen di laman sosial yang mempertikaikan harga set sate bhalut yang dijualnya di festival makanan.

Hilang semangat

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Mark Adam berkata dia sudah kebal dengan kritikan namun pekerjanya hilang semangat disebabkan komen negatif yang ditinggalkan netizen.

“Pekerja saya nampak posting itu dan nampak komen, ada komen yang agak tak sedap. Saya tak kisah sebab dah biasa dengan komen negatif. Pekerja saya adalah budak baru.

“Mereka hilang semangat sebab terbaca satu komen mengatakan harga satay bhalut saya satu set adalah harga extra ‘hell’. Satu set termasuk air, tiga cucuk adalah RM21.90,” katanya.

Kos melibatkan perniagaan

Pada perkongsian yang sama, Mark Adam turut berkongsi segala kos melibatkan perniagaannya yang menjadikan harga satu set sate yang dijual.

“Saya tengah belajar, saya nak awak tahu situasi saya macam mana. Saya punya daging adalah premium… saya ambil sate di kilang yang dikenali.

“Sate saya bukan yang biasa, sebelum dibalut dengan popiah, sate itu 30 gram. Ikut harga pasaran, pilih yang termahal, 500 gram RM30 dan satu cucuk RM7.50 sebelum kilang ambil untung.
“Air yang kita guna air letak dalam cawan besar. Letak RM3… jadi RM10.50,” kongsi Mark Adam yang turut menjelaskan mengenai kos logistik.

Kesusahan & usaha

Dalam pada itu, Mark Adam mengakui dia dapat merasai kesusahan dan usaha peniaga yang lain.
“Saya nak tanya awak, adakah ni cukup untuk nak bayar tapak? (untung RM2,900). Saya berniaga, baru sahaja masih belajar. Tapi agak-agak la dengan apa yang korang fikir kalau tak tahu.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau Kes Jenayah Banyak Berlaku, Mark Adam Beri Pesanan - “Jangan Berjalan Sorang-Sorang, Paling Baik Jangan Keluar Malam”

“Dah ramai beli, yang tak beli, yang banyak komen. Apa hal? Dah tahun baharu kot. Saya baru terasa peniaga lain yang macam mana mereka punya kesusahan dan usaha.
“Bukan mudah, tapi isteri saya suka dan saya suka. Sebab itu saya utamakan kualiti tanpa fikir keuntungan. Saya minta maaf kalau ada yang tersinggung, semoga sihat selalu dan jangan lupa sokong peniaga di luar sana,” ujarnya.
@officialmarkadam Kalau saya silap boleh ajar saya, saya nak belajar, saya belum pandai sangat lagi dalam bidang ni tapi saya nak belajar, teruskan semangat team #SatayBhalut ♬ original sound - Mark Adam 1079
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024