Buka lembaran baru, mungkin itulah gambar terhadap situasi rumah tangga pengarah Syamsul Yusof dan isterinya Puteri Sarah Liyana.

Selepas lama tidak dilihat di media sosial, mereka akhirnya memuat naik gambar keluarga termasuk kedua-dua anaknya.

Namun, apa yang lebih membuatkan ramai terharu adalah gambar tersebut dimuat naik ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.

“Selamat hari raya maaf zahir batin,” tulis Puteri Sarah ringkas di satu posting Instagramnya.

Menerusi ruang komen, peminat serta rakan artis dilihat meluahkan rasa gembira dengan dengan situasi berkenaan.

Ada yang mengatakan mereka telah lama menantikan gambar Puteri Sarah bersama keluarganya.

Tidak kurang juga yang mendoakan supaya keluarga ini dijauhi anasir jahat.

“Suka gambar ni, tak tahulah kenapa”

“Sehingga berbahagia ke syurga Allah”

“Finally, Alhamdulillah dah lama tunggu gambar ni. Semoga hubungan ini diberkati sebarang anasir jahat,” kata beberapa netizen.

A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana)

Sekadar info, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Summayah.

Rumah tangga pasangan ini kemudian didakwa berantakan selepas kedua-duanya dilihat muncul di pejabat agama sekitar penghujung tahun lalu.

Walaubagaimanapun, sekitar Januari lalu, kemelut rumah tangga mereka sudah pun menemui jalan penyelesaian biarpun ada ‘pihak’ tertentu dikatakan kurang senang.