Pelakon kontroversi Nonny Nadirah tampil semula mengemaskini akaun Instagramnya dengan hantaran terbaharu berbentuk sepotong video pendek.

Kedengaran masih misteri, Nonny muncul memberikan ucapan kepada 587,000 pengikut media sosialnya itu.

Ringkas saja, kata Nonny sambi memegang bibirnya; "Selamat pagi."

Kemudian pada hari sama ketika sambutan Maulidur Rasul semalam, Nonny sekali lagi mengemaskini akaun Instagramnya dengan ucapan selamat malam.

"Sweet dreams, good night," ujarnya dengan video suku wajah penuh manja.



Kali terakhir Nonny membuat kemunculan di Instagram pada April lalu menerusi foto dirinya sedang berendam dalam sebuah besen besar berwarna merah.

BACA: 2 Hari Sebelum Ramadan, Nonny Nadirah 'Payung' Video Baru Pegang Burung Merpati... Maksudnya Apa?

BACA: Nonny Nadirah ‘Up’ Video Berkemban, Mila Jirin Dah Tak Nak Tegur! – “Hari Ni Aku Sangat Frust!”


Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 31, menghilang dari dunia seni selepas putus tunang dengan pelakon Niezam Zaidi tahun lalu.

Tidak semena-mena, pada Mac lalu, Nonny mengejutkan ramai dengan muat naik video seorang wanita berbaju putih berpenampilan seksi dan mengenakan stokin jaring. Bagaimanapun wajah wanita misteri itu ditutup dengan alat pelindung muka.

BACA: Muat Naik Video Wanita Seksi, Apa Dah Jadi Pada Akaun Instagram Nonny Nadirah?

BACA: Enggan Ulas Lanjut, Nonny Nadirah Tampil Mohon Maaf & Mohon Doa Semua Orang - "Setiap Individu Itu Melalui Fasa Ujian Yang Berlainan"


Nonny tampil bertudung sejak pulang daripada mengerjakan umrah pada Januari 2019.



***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!