Pelakon Nonny Nadirah terus menghangatkan platform media sosialnya menerusi perkongsian terbaharu di Instagram.

Dalam kemas kini di Instagram Stories, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, berkongsi pula beberapa potongan video.

Kali ini seorang wanita mirip wajah Nonny mengenakan dres seakan-akan pareo berwarna merah namun menutup sebahagian bahu dan lengannya dengan cardigan putih.

Sebahagian daripada wajahnya diletakkan stiker rama-rama biru sambil memaparkan aksi wanita terbabit sedang berdiri tersenyum.

Pada masa sama bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima itu turut memegang beberapa ekor burung merpati putih di tangannya.

Tulis Nonny ringkas pada keterangan video berdurasi empat saat itu; tc (yang membawa makna take care atau jaga diri baik-baik).



Selain itu, Nonny turut mengisi ruang Instagram Stories dengan emoji burung merpati putih dan dikelilingi emoji love selain emoji cili merah disertai keterangan 'Honey Bee'.

Tingkah laku Nonny di Instagram mencetuskan kerisauan ramai pihak sejak 26 Mac lalu apabila memuatnaik video wanita berpakaian seksi di ruangan feed Instagram.

Selepas memadamkan video terbabit, Nonny berkongsi pula foto seorang wanita berkemban dalam tong air merah.

Sehingga kini, Nonny masih gagal dihubungi untuk mendapatkan penjelasan lanjut daripadanya.