Pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha mencuri perhatian ramai apabila kembali dengan imej berambut pendek setelah sekian lama menyimpan rambut panjang.

Menerusi platform TikTok, sebuah kedai gunting @flizziebarbershop berkongsi momen memotong rambut Zaquan atau nama sebenarnya Mohamad Zaquan Adha Abdul Razak, 34, untuk tatapan umum.

Menggayakan potongan jenis overcomb long trim, rambut Zaquan kelihatan rapi dengan kemasan yang menyerlahkan bentuk wajahnya.

Tidak ketinggalan, isteri kepada pemain kembar tersebut, Ayu Raudhah yang turut menemani suaminya sewaktu memotong rambut.
@flizzie.barbershop

♬ original sound - ilhan danish - Flizziebarbershop
@flizzie.barbershop Reply to @rzm.empire.official ♬ Susah Reply - ChronicalZ

Sementara itu di ruangan komen, wajah kacak Zaquan dengan imej rambut pendek mendapat pujian ramai setelah hampir dua tahun dia menyimpan rambut panjang,

"@hattareysba:finally potong gak rambut nya..rambut raya.”

@matzul82 SRB TG DAWAI:baru nampak stiker malaysia yang berbisa adik.”

“@butter_asyikin:handsomenya dia niiii....“

@TikClock:Baru smart rambut pendek, tapi Aidil abang lagi hensem even diorang kembar.”

@CikBal:kalau dah helokk tu, buat la style rambut cam mana pun ... uuuuu merecikk helokknyaaa.”

@Fiqz:Rambut Zaquan sikat ke atas nampak macam CR7.”

"@MiSzz mimi:ok faham...laki bukan tak segak..lepas potong rambut auto muka terus jadi macam pemain bola sepak ooo.”

“@User0123456:Walaupn panau terus auto hensem bila haircut.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga TikTok.

Sekadar info, Zaquan dan Ayu berkahwin pada 21 Januari 2011.

Pasangan itu dikurniakan lima cahaya mata Muhammad Aisy Qaiser, 8, Muhammad Aisy Aryann, 7, Laura Zuleykha, 4, Muhammad Aisy Khaliq, 2, dan Muhammad Aisy Al Jibreel, 10 bulan.