Semalam genap setahun Sooka menyambut ulang tahunnya selaku aplikasi penstriman hiburan tempatan Malaysia melalui sambutan 'sooka Dah Besar Sekarang' di Rex KL, untuk meraikan pengembangannya ke TV Pintar dengan pelancaran sooka VIP TV, sekaligus memperkenalkan siri original kedua iaitu Hantu Raya Pergi Perang.

Menurut Ketua Rancangan di Sooka, Emarina Kamal menyatakan Sooka dah besar sekarang dan menyediakan lebih banyak hiburan untuk disajikan kepada penggunanya selepas melalui pelbagai cabaran.

“Sebelum ni kita perlu melalui tempoh PKP beberapa kali dan menggangu sedikit perjalanan program yang telah disusun, tapi sekarang bila semua dah dibuka semua, kami perlu mengejar semula plan kami untuk menyajikan hiburan lebih kepada pengguna.

“Jika dilihat semula setahun selepas pelancaran kami di Malaysia, pengembangan kami ke skrin besar ini dilaksanakan pada masa yang tepat, berikutan lebih banyak kandungan tempatan dihasilkan dan pelbagai acara sukan tersedia untuk penonton nikmati di skrin pilihan mereka.

“Kini, kami mempunyai kira-kira 71% pengguna yang menikmati kandungan kami pada peranti mudah alih. Melalui sooka VIP TV, kami ingin menjangkau lebih ramai penonton yang memilih untuk mengstrim kandungan kegemaran pada TV Pintar mereka.

“Dan banyak perancangan yang sudah dirancang, antaranya untuk mengadakan sebuah pertandingan hiburan nyanyian jenama kami sendiri seperti rancangan tv yang lain dan kami sedang ke arah itu,” katanya

Pada majlis penuh bermakna itu turut dilancarkan siri original kedua Sooka iaitu Hantu Raya Pergi Perang arahan bersama di antara pengarah Wan Hasliza dan Wan Alak.

Menurut pengarahnya idea tercetus untuk menggabungkan jalan cerita seorang ustaz dan hantu adalah secara tidak sengaja meskipun terpaksa menghadapi beberapa cabaran.

“Kami duduk berbincang pada awalnya memang dengan jalan cerita seorang ustaz yang ada ilmu akan pergi berperang pada zaman dahulu, kemudian entah macam mana termasuk pasal hantu raya dan kami terus sambung berbincang bersama panel KL Motion yang lain nak kembangkan lagi jalan cerita untuk jadikan ini sebagai sebuah siri yang lain dari lain.

“Antara cabaran yang boleh dikongsikan pula ialah berlaku beberapa perubahan ketika penggambaran contoh bila Arwah Kak Adibah maklumkan dia sakit dan kurang sihat, kami perlu mengubah beberapa cara seperti hanya menggunakan suara Arwah sahaja namun tiada pun orangnya situ,” ujar dua pengarah muda itu.

Dibintangi oleh barisan pelakon tanah air yang cukup hebat seperti Hun Haqeem, Rashidi Ishak, Arwah Adibah Noor dan ramai lagi serta pelanggan sooka VIP TV boleh menonton satu episod secara percuma pada 24 Jun 2022.

Untuk menikmati sooka dan menonton aksi sukan kegemaran anda SECARA LANGSUNG dan kandungan hiburan tempatan terbaik pada peranti mudah alih anda dan skrin besar bersama insan tersayang, muat turun aplikasi sooka dari Apple Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan Samsung, LG, Sharp dan kedai aplikasi Sony (untuk VIP TV). Semua pelan langganan sooka tidak terikat dengan kontrak dan tanpa komitmen.