Laman Utama

Langgar Peraturan Makanan, Singapura Tarik Balik Produk Kicap Dari Malaysia

gempak
Awani
04/09/2022
12:43 MYT
Sponsor Banner
Langgar Peraturan Makanan, Singapura Tarik Balik Produk Kicap Dari Malaysia
Singapura menarik balik produk kicap dari Malaysia selepas mengesan asid benzoik melebihi had seperti termaktub dalam Peraturan Makanan Singapura.
Menurut Agensi Makanan Singapura (SFA), penggunaan asid benzoik tidak diisytiharkan pada label pembungkus makanan produk - Kicap Jenama Bunga Tangan.
"SFA telah mengarahkan pengimport, Heng Yoon Trading Pte Ltd, untuk menarik balik produk terbabit sebagai langkah berjaga-jaga.
"Langkah untuk menarik balik produk itu sedang dilakukan," menurut SFA menerusi laman Facebooknya pada Jumaat.
Di bawah Peraturan Makanan Singapura, hanya bahan makanan tambahan dengan had tertentu dibenarkan untuk digunakan, menurut SFA.
SFA memaklumkan penggunaan sekali sahaja produk yang terjejas tidak mungkin menjadi kebimbangan, terutamanya kerana kicap bukan makanan ruji yang diambil pada kadar berlebihan.
Sumber: Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024