Pelakon Ummi Nazeera mendedahkan dia tidak dapat berpuasa di bulan Ramadan yang lalu kerana sedang hamil.

Menurut Ummi, kini dia sedang gusar memikirkan bagaimana hendak menggantikan puasanya sebelum menjelang Ramadan

“Muka memikirkan banyak hari lagi kena ganti puasa sebab last year pregnant . So I tak puasa .. U all dah habis ganti puasa?”tulisnya.

Ummi berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Menerusi entri tersebut, Ummi memuat naik fotonya.

Rata-rata pengikutnya juga respon dengan pertanyaan Ummi dan akui sedang menggantikan puasa mereka yang lalu.

Ummi mendirikan rumah tangga dnegan Mohd. Izzar Anwari Datuk Seri Abdul Khani itu pada 23 Julai lalu.

Pasangan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan, Ayra Aneesah yang lahir pada 22 Ogos lalu.

Muka memikirkan banyak hari lagi kena ganti puasa sebab last year pregnant . So I tak puasa .. U all dah habis ganti puasa? ?

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on