Hiburan

Lauk Hidang Dalam Talam, Tema 70an, Main Wau, Ini Antara Yang Menarik Majlis Sambut Menantu Sabri Yunus & Angeline Tan

Mya Amri
29/02/2024
01:52 MYT
Pasangan pelakon, Sabri Yunus dan Angeline Tan telah melangsungkan majlis menyambut menantu baru-baru ini.
Momen indah majlis berkenaan dikongsikan menerusi hantaran Facebook milik seorang jurugambar yang dikenali sebagai Marc Fadli.
Hasil bidikan jurugambar itu jelas menunjukkan majlis yang berlangsung di Akademi Nik Rashiddin, Bachok, Kelantan ternyata disambut dengan begitu meriah.
Difahamkan, tema acara menyambut menantu itu mengambil inspirasi daripada majlis bekwoh (kenduri dalam loghat Kelantan) pada era 70-an.
Antaranya pemilihan lokasi, tema hiasan dalaman dan juga busana yang digayakan oleh mempelai.
Paling menarik, terdapat beberapa tradisi lama yang dihidupkan kembali dalam majlis ini antaranya perlawanan silat, permainan tradisional seperti congkak dan wau.
Tidak cukup dengan itu, pemilihan lauk-pauk yang sinonim dengan masakan kampung juga telah menyuntik perasaan nostalgia bagi tetamu yang hadir.
Dalam pada itu, Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nassuruddin Haji Daud dan pelakon terkenal, Mustapha Kamal juga turut hadir memeriahkan lagi majlis berkenaan.

BERITA TRENDING: Sabri Yunus Kini Bergelar Suami Angeline Tan - “Selamat Pengantin Baru Abang Sabri Yunus & Kak Ardini”

Sementara itu, diruangan komen juga rata-rata netizen memuji tema majlis itu kerana berjaya mengembalikan memori zaman 70-an selain menghidupkan kembali adat Melayu yang semakin pudar dalam majlis perkahwinan.
Antara komen yang diterima adalah:
“Cantik... Tak akan hilang adat dan cara Melayu di dunia,”
“Style sungguh gini, sopan, cantik, penuh adat Melayu,
“Teringinnya nak merasai suasana begitu zaman dulu-dulu. Buat Pok Ya dan isteri semoga berbahagia hingga ke syurga,”

BERITA TRENDING: Angeline Tan Respon Dakwaan Isu Pernikahan Tak Sah - “Dia Lebih Faham Kalau Fitnah Macam Ini Apa Hukumnya”

Terdahulu, pernikahan Sabri dan Angeline Tan pada 14 Oktober 2023 menjadi viral kerana persahabatan mereka sebagai anak seni yang berakhir di jenjang pelamin setelah kedua-duanya bergelar duda dan ibu tunggal buat satu tempoh masa yang panjang.
Sabri dan Angeline masing-masing meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Menerusi sitkom berkenaan, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy.
Kredit foto: Marc Fadli
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Angeline Tan Tiada Perancangan Ada Anak Sendiri, Cukup Timang Cucu - "Kami Pun Umur Dah Berapa... Nak Hidup Tenang"

gempak
19/04/2024
01:00 MYT
Pelakon, Angeline Tan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah hamil setelah enam bulan bergelar isteri kepada pengarah, Sabri Yunus.
Hiburan

6 Bulan Kahwin, Angeline Tan Didakwa Hamil? Ini Reaksi Sabri Yunus...

gempak
18/04/2024
08:25 MYT
Untuk rekod, Sabri dan Angeline atau nama sebenarnya Ardini, 57, telah mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2023 di Arau, Perlis.
Laman Utama

“Air Mata Mu, Air Mata Ku Jua…” - Sabri Yunus Kongsi Momen Angeline Tan Sebak Depan Kaabah

gempak
19/12/2023
01:52 MYT
Angeline pertama kali ke Tanah Suci.
Laman Utama

Angeline Tan Tenang Di Tanah Suci - “Semoga Allah Makbulkan Semua Doa…”

gempak
12/12/2023
03:55 MYT
Alhamdulillah.
Laman Utama

Terima Tawaran Berlakon Tak Bertudung Sebelum Peluk Islam, Angeline Tan: “Saya Percaya Netizen Sangat Baik & Faham”

gempak
07/11/2023
08:55 MYT
Angeline Tan masih dalam proses belajar.