Kecantikan pelakon Bella Dally yang memilih untuk menyarungkan busana berwarna kuning di hari pertunangannya menarik perhatian peminat.
Menerusi beberapa foto yang dikongsi Bella di akaun Instagram (IG) miliknya, ternyata rata-rata peminat terpegun kecantikan pelakon tersebut.
Mereka juga memuji pemilihan rekaan yang tidak terlalu over dan warna yang ‘sweet’ menyerlahkan lagi kecantikan semulajadi Bella.
Malah, Bella menerusi IGnya juga menjelaskan pemilihan warna tersebut diambil sebagai simbolik kegembiraan untuk hari bahagianya.
"I told @nurulzulkifli that I want my engagement dress to be yellow cause it represents sunshine and happiness.
"And so we went to @jakeltextile that morning and picked the most suitable shade of yellow on me.
"It’s a dream come true to wear @mimpi_kita on a special day like this one," tulisnya
Di sini, kami kongsikan foto-foto pertunangan Bella.
Terdahulu, Bella Dally selamat melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihan hatinya pada 12 Januari lalu.
Bella sebelum ini pernah berkahwin dengan aktor Nazim Othman pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina itu berakhir tahun lalu.
Foto: Instagram @belladally
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.