GAYA HIDUP
Layak Dapat 92% Di Rotten Tomatoes - Ini 5 Sebab Kenapa Shazam Merupakan Filem Terbaik DC
Kelakar, gagah dan baik hati, itulah perkataan yang menggambarkan Shazam, watak adiwira terbaharu hasil gabungan DC dan Warner Bros.
Berkesempatan menjadi antara yang pertama menonton filem ini semalam, filem Shazam ternyata berbeza daripada filem-filem adiwira lain.
Shazam mengisahkan budak sekolah berusia 15 tahun bernama Billy Batson yang kehilangan ibunya, terpaksa tinggal bersama keluarga angkat dan dianugerahkan kuasa luar biasa.

1. Adiwira penuh humor
Kalau anda bayangkan Shazam segarang Batman atau Superman, lupakan. Inilah filem yang patut anda tonton kalau anda nak hilang stress kerja. Berbaloi menonton Shazam, jalan ceritanya menarik, kelakar dan membuatkan anda tak kering gusi melihat kerenah Billy Batson dan saudara angkatnya.
2. Peranan karakter
Daripada watak baik hinggalah ke watak antagonis, Shazam dilakokan oleh pelakon yang tepat. Tiga nama hebat seperti Zachary Levi, Mark Strong dan Djimon Hounsou cukup kuat untuk membawa anda ke setiap perjalanan Shazam. Setiap perkembangan karakter dibina dengan baik dan cepat melekat di hati. Ikatan persahabatan dan kekelurgaan antara Billy dan saudara angkatnya bakal membuatkan anda cair.

4. Bukan tipikal adiwira
Shazam tidak terlalu ‘try hard’ mahu selamatkan dunia, apa yang lebih penting adalah keselamatan ahli keluarga angkatnya. Tidak ada terma-terma sains dan teknologi yang akan membuatkan penonton pening kepala. Mendapatkan kuasanya secara tiba-tiba membuatkan Shazam berada di luar jangkaan.

Rating: 4/5
Sumber foto: DC Films/Warner Bros
Must-Watch Video