Hiburan

Layan Lagu-Lagu Kenangan Disko Funk & Pop Retro Bersama Sheila Majid & Diskoria 14 Jun Ini!

Umirah Halim
23/05/2024
14:55 MYT
Kumpulan Duo DJ Indonesia yang terkenal dengan gabungan lagu disko funk dan pop retro, Diskoria bakal menggegarkan pentas Zepp KL 14 Jun ini.

A Time Travel

Konsert yang membawa konsep A Time Travel ini juga bakal dihangatkan lagi dengan kehadiran ratu pop Malaysia, Datuk Sheila Majid yang bakal membawakan lagu hits seperti Sinaran, Antara Ayer dan Jakarta dan banyak lagi.
Pertama kali berkongsi panggung bersama Sheila Majid, pendiri DISKORIA, Merdi Simanjuntak dan Fadli Aat berharap agar konsert ini bakal mencipta magis dan membawa masa silam ke masa kini menerusi persembahan mereka.

"DISKORIA sangat senang dijemput hadir ke Malaysia dan apa lagi di konsert perdana kami nanti yang menjadi tamu spesialnya adalah the one and only Datuk Sheila Majid.

"Nah bagaimana kelak konsert akan berlangsung, kami akan pastikan semua berpesta ria. Pulang ke masa silam muzik disko yang dinikahi teknologi kini," ujar duo tersebut.
Dianjurkan oleh MY Deteksi bersama penganjur Sembang Kari Entertainment dan Tourism Malaysia, konsert ini juga akan menyaksikan persembahan pembukaan oleh DJ asal Malaysia, Jemput Dengar.
Dengarkan Balada Insan Muda, Pelangi Cinta atau Serenata Jiwa Lara dengan harga tiket bermula daripada SERENATA JIWA LARA (RM165), SINARAN (RM165), C.H.R.I.S.Y.E (RM220) BADAI PASTI BERLALU (RM320).
Pembelian tiket boleh dibuat menerusi www.myticket.asia.

Berita Trending: Netizen Samakan Wajah Kimberly Iras Siti Saleha, Ini Respons Tuan Badan!

Berita Trending: Julfekar Tegur Sikap Ahli Kumpulan SMDX - “Belum Apa-Apa Dah Ada Attitude Problem,…
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

THE BOYZ Singgah Berkonsert Di Malaysia September Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai!

gempak
25/07/2024
16:55 MYT
Penantian bakal berakhir untuk peminat- peminat K-Pop selepas penganjur konsert Star Planet mengumumkan kedatangan kumpulan bintang idola K-Pop, The Boyz ke Malaysia buat kali pertama.
Hollywood

Celine Dion Dibayar RM9 Juta Untuk Nyanyi Satu Lagu Di Olimpik Paris 2024

gempak
25/07/2024
00:30 MYT
Khabar angin legenda pop terkenal dunia Celine Dion akan tampil kembali di upacara perasmian Sukan Olimpik Paris, awal pagi Sabtu ini semakin bertiup kencang.
Hollywood

Michael Learns To Rock Kembali Ke Malaysia November Nanti, Tiket Mula Dijual 31 Julai Ini!

gempak
24/07/2024
11:45 MYT
Kumpulan terkenal dari Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) kembali menjelaja negara-negara Asia termasuk Malaysia pada November ini sempena konsert Take Us To Your Heart.
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert byAJAI & MEGA FRIENDS

gempak
24/07/2024
09:46 MYT
Peraduan

GMW Giveaway: Gimme The Mic Minggu 2

gempak
24/07/2024
09:40 MYT