Filem Tiga Janda Melawan Dunia mendapat sambutan luar biasa sejak ditayangkan di pawagam pada Mei lalu. Ramai yang katanya tidak puas menonton filem komedi arahan Hyrul Anuar itu.

Bagi yang masih belum berkesempatan atau mahu menonton semula filem itu, Tiga Janda Melawan Dunia kini sudah boleh disaksikan di Astro First!

Selama 48 jam korang boleh menonton filem tersebut berulang-ulang dengan hanya harga serendah RM15 bermula 30 Jun lalu.

Tiga Janda Melawan Dunia merupakan inspirasi kisah keluarga pengarah filem itu sendiri di kampung dan merupakan filem pertama arahannya yang mengetegahkan skrip kelakar dan sangat dekat dengan jiwa penonton.

Malah, seperkara yang harus dipuji adalah sinematografi yang luar biasa hebat! Memang puas dan tak rugi untuk ditonton terutamanya bersama keluarga.



Sinopsis

Midah, Rohayu dan Ani adalah tiga janda yang bersahabat baik dan amat meminati penyanyi terkenal, Aiman Zalini. Apabila penyanyi kegemaran mereka mengumumkan akan mengadakan konsert terakhir untuk peminatnya, ketiga-tiga janda tersebut berusaha mencari duit untuk membeli tiket konsert.

Dalam tempoh mereka berusaha untuk mengumpul duit, banyak insiden lucu, mendebarkan, serta menyentuh perasaan yang telah berlaku.

A post shared by Astro First (@astrofirst.official)


Tiga Janda Melawan Dunia dibintangi oleh Raja Azura, Khatijah Tan, Normah Damanhuni, Rosnah Mat Aris dan Normah Hakim.

Anda boleh sewa dan strim filem-filem di Astro First (480) dan On Demand Store menerusi Ultra Box atau aplikasi Astro GO.