Berita
Lebih 1,000 Orang Hadir Majlis Tahlil Arwah Abam! Semoga Rohnya Terus Dicucuri Rahmat.
Allahu! Memang luar biasa indahnya pemergian arwah Abam Bocey.
Mana tidaknya, selepas 18 hari arwah meninggalkan kita semua, malam tadi, lebih 1,000 orang hadir ke Majlis Tahlil yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Antara rakan artis yang hadir termasuklah ahli kumpulan Bocey sendiri, Achey dan Fad, Datuk Fizz Fairuzz, Mawi, Datuk AC Mizal, Datin Emylia Rosnaida, kumpulan nasyid UNIC dan komposer Ippo Hafiz.
Majlis yang dianjurkan oleh Astro Warna itu turut dihadiri oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi.
Bacaan Yasin dan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Fahkrul yang diadakan sejurus selesai solat maghrib secara berjemaah.
Bahkan, tetamu yang hadir juga berpeluang mengikuti sesi tazkirah dan perkongsian cerita peribadi oleh Ustaz Fakhrul mengenai arwah.
Sebelum ini, pemergian Abam pernah mencuri tumpuan ramai apabila kematiannya disifatkan sebagai satu pemergian yang dicemburui apabila ramai yang hadir di hari pengebumiannya bagi memberikan penghormatan terakhir.
Kisah kebaikan dan amal jariah yang dilakukan Abam sewaktu hayatnya juga menjadi bualan ramai.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu akibat demam panas.
Arwah meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah Mohd Ali dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang berusia lapan bulan.
Must-Watch Video