,
Laman Utama

"Lebih 20 Tahun, Kembali Jejak Kaki Di Sini" - Faizal Ismail Kini Penyampai Radio ZAYAN, Berganding Dengan Mawi & Anas

Amri Hassan
29/08/2022
02:55 MYT
Jenama radio ZAYAN mengumumkan kemasukan Faizal Ismail, personaliti radio tempatan, bergandingan bersama Mawi dan Anas, menerusi segmen ‘ZAYAN Pagi’, menceriakan waktu pagi para peminat bermula hari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi di ZAYAN.
Faizal Ismail, juga dikenali dengan panggilan FBI (Faizal bin Ismail), personaliti radio dan pengacara TV yang berbakat besar, akan bersama Mawi dan Anas dengan perkongsian topik-topik menarik serta memberi pandangan dan ulasan tentang perkara-perkara yang menjadi tanda tanya dan sering dibangkitkan oleh peminat.
Kata Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry pihaknya mengalu-alukan kedatangan Faizal ke keluarga ZAYAN.
"Dengan pengalaman yang dibawa oleh Faizal, peminat-peminat ZAYAN boleh terus menikmati segmen-segmen menarik termasuk ‘Sahabat ZAYAN Pagi’, di mana peminat diberi peluang untuk bertanya sebarang persoalan dan meluahkan perkara yang terbuku di hati untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail.
"Kami juga berterima kasih kepada semua peminat ZAYAN atas sokongan mereka dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan terkini yang dekat di hati mereka," katanya.
Faizal terdahulu memberikan gambaran bakal kembali ke konti radio namun tidak mendedahkan dirinya akan bersama dengan keluarga ZAYAN.
"Insya-Allah akan kembali ke konti radio bermula Isnin depan. Selama empat minggu. Rasa-rasa radio mana ya?" tulisnya di Instagram.
Memulakan tugas pada Isnin, Faizal turut berkongsi rasa terujanya.
"Masya-Allah berada di tempat yang mula-mula sekali jejakkan kaki untuk memulakan dalam industri penyiaran, Astro Bukit Jalil. Inilah tempatnya. Lebih 20 tahun.
"Pertama kali pada 1999, lamanya ya Allah. Ketika radio ERA baru dibuka. Hari ini sampai lagi...
"Masih sama seperti dahulu...," katanya menerusi hantaran video di Instagram.
Para peminat ZAYAN dapat menikmati Sahabat ZAYAN Pagi, segmen baharu di ‘ZAYAN Pagi’, memberi peluang kepada semua untuk berkongsi cerita, pengalaman dan mendapat pandangan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail.
Perbincangan ini akan dilakukan secara santai dan topik-topik perbincangan harian juga boleh dikongsikan oleh semua pendengar menerusi panggilan telefon di udara dan di platform media sosial ZAYAN.
Selain itu, peminat ZAYAN juga boleh terus berhibur dengan pengisian-pengisian menarik di ‘ZAYAN Pagi’ seperti Motivasi Pagi; perkongisan kata-kata motivasi; Takzirah Pagi, ceramah ringkas berkaitan Islam; Hadith of the Day, pilihan hadis harian, Mahir Bahasa Arab, pembelajaran perkataan Bahasa Arab; Kelas Tajwid, kelas mempelajari ilmu tajwid; Topik Pagi ZAYAN, sesi perkongsian topik menarik bersama peminat; Aura ZAYAN, perkongsian kata-kata berinspirasi daripada tetamu jemputan yang dikongsikan bersama peminat ZAYAN.
Peminat juga boleh strim ZAYAN dan mendengarkan ZAYAN Pagi bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail menerusi aplikasi SYOK.
Untuk maklumat lanjut tentang perosonaliti-personaliti ZAYAN dan kempen-kempen, ikuti ZAYAN platform media sosial.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Hiburan

7 Tahun Bela Rambut, Mawi Reda Botakkan Kepala Live Demi Konsert Tsumawi! - "Masa Tengok Anak Sedih, Saya Pun ..."

gempak
17/09/2024
09:30 MYT
Penyanyi, Mawi sanggup membotakkan kepalanya secara langsung ketika majlis sidang media Konsert Tsumawi 20th Mawi World Live in KL di Hotel Tenera, Bangi pada Selasa.
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.
Hiburan

"Kembali Ke Cinta Pertama" - Haziq Hussni Luah Perasaan Kembali Jadi Penyampai Radio.

gempak
06/09/2024
14:55 MYT
Pengacara radio, Haziq Hussni meluahkan rasa gembira apabila dia sudah kembali selepas berehat dari dunia radio.