Pelakon dan usahawan Fizo Omar mendedahkan telah kehilangan 5,000 pengikut di Instagram (IG) gara-gara penangan drama lakonannya, Adellea Sofea bersama aktres jelita, Mira Filzah.

Menurut Fizo, disebabkan watak dalam lakonan tersebut, dirinya telah dibenci dalam kalangan peminat.

"Penangan Ikram! Lebih 5,000 unfollow aku dekat Instagram bro!! Hahaha.. Tuan director @budakijat gelakkan aku siot!

"Ni abang punya pasallah...Hahaha by the way terima kasih sangat @budakijat yang menjahatkan Ikram dan mengasah aku dekat set. Terima kasih sangat abang.

"Yang dah unfollow tu jangan emo sangat yea, nanti dah habis #adelleasofea ni korang follow aku balik yea hahahaha.

"Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat Sofea!" tulis Fizo.

Penangan ikram! Lebih 5000 unfollow aku dkat ig bro!! Hhahha..tuan director @budakijat gelakkan aku siot! . Ni abg punya pasal lah...hahhaha.btw tqvm @budakijat yang menjahatkan ikram dan mengasah aku dkat set.tqvm bang. . P/s : yg dah unfollow tu jgn emo sgt yea, nanti dah hbs #adelleasofea ni korang follow aku blk yea..hahhaha. Lagi 2 hari je pastu aku taubat dah! And aku sanggup berubah kalau dapat sofea!

A post shared by fizoomar (@fizoomar) on


Dalam pada itu, pengarah drama Adellea Sofea, Shahrulezad Mohameddin turut berkongsi kejadian tersebut di akaun miliknya.

Kata Ezad, selalunya pengikut akan bertambah sekiranya drama tersebut berjaya mencuri perhatian penonton namun perkara sebaliknya yang berlaku pada Fizo.

"Hahahaha. Nasib kau la Fizo. Orang lain berlakon drama meletop beribu-ribu follower masyuk.

"Kau pulak beribu ribu peminat unfollow sebab benci. Kahkahkahkah. Yang follower pun alahai emo tak hagak hagak," tulisnya.

Hahahaha. Nasib ko la Fizo. Org lain berlakon drama meletop beribu ribu follower masyuuk...ko pulak beribu ribu peminat unfollow sebab benci. Kahkahkahkah Yg follower pun alahai...emo tak hagak hagak ???

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat) on


Selain Fizo dan Mira, drama Adellea Sofia turut dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Ungku Ismail Aziz, Jasmine Suraya Chin, Bella Dally, Fazlina Ahmad Daud, Roy Azman dan ramai lagi.

Mula bersiaran pada 6 Disember, drama 28 episod ini ditayangkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam.