,
Laman Utama

"Lebih Baik Berhenti Kalau Tak Nak Saya Keluar Kata-Kata Kesat!" - Nabila Huda Bagi Amaran, Minta Jangan...

Asraf Aided
20/06/2021
11:50 MYT
Aktres popular, Nabila Huda memberi amaran kepada sesiapa yang suka membandingkan saiz badan di luar sana.
Menurut anak legenda rock Amy Search ini, amaran tersebut adalah mewakili semua wanita dan lelaki yang pernah dibanding atau dipertikaikan saiz badan mereka.
"Saya bagi amaran keras kepada sesiapa yang suka membandingkan saiz badan.
"You better stop kalau tak nak saya keluarkan kata-kata kesat yang boleh menyakiti anda dan keluarga anda.
"Saya boleh! awak tak kenal saya! saya cakap ini mewakili semua wanita dan lelaki yang lalui benda ni," tulisnya di Instagram.
Bagaimanapun, Nabila tidak menyatakan secara spesifik tentang individu atau pihak yang dimaksudkan.
Dalam entri sama, Nabila turut menulis kata-kata menunjukkan dia sedang hidup bahagia.
"Saya gemuk, TAPI, saya dah kahwin, saya ada suami, saya ada anak, saya ada rumah, saya boleh masak, saya bahagia.
"Saya ada kerjaya, saya adalah award winning actress, saya ada kulit yang cantik, saya ketawa siang malam pagi petang.
"Semua orang sayang saya, saya ada gerai makan, papa saya Amy Search, you ada apa? you got nothing," tulisnya.
Bagi Nabila, setiap insan mempunyai keistimewaan dan kecantikan masing-masing, membanding-banding dengan orang lain adalah satu budaya yang tidak sihat.
Meninjau ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Nabila bersetuju dengan pendapatnya dan meninggalkan respon positif.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Astro Originals, Project: Exit Kupas Isu Kesihatan Mental & Konflik Keluarga Menerusi Kisah Persahabatan Penuh Emosi

gempak
16/10/2024
02:35 MYT
Selepas mencipta fenomena pada tahun lalu, Astro kini kembali melangkaui sempadan penceritaan industri hiburan tempatan dengan mempersembahkan kisah yang berani menerusi siri premium Astro Originals terbaharu iaitu Project: Exit.
Hiburan

Hancur Hati Nabila Huda Tengok ‘Anak’ Tanggung Kesakitan & Terseksa - “Kalau Tak Mampu Jangan Tahan, Mummy Dah Reda”

gempak
29/09/2024
07:55 MYT
Siapa pencinta kucing pasti memahami perasaan pelakon terkenal Nabila Huda yang meluahkan rasa sedih melihat keadaan haiwan kesayangannya dalam keadaan sakit dan semakin lemah.
Hiburan

Seronok Bekerja Bersama, Nabila Huda Sifatkan Leona Bukan Bimbo - "Dia Kelakar, Manja & Bijak"

gempak
18/09/2024
07:55 MYT
Gerak-geri sering dikritik, pelakon Nabila Huda, menyatakan pempengaruh media sosial sensasi, Kasih Iris Leona, 22, sebagai seorang anak muda yang berbakat, bijak, kelakar dan bukan budak 'bimbo' seperti yang disifatkan netizen.
Viral

Ibu Kecewa Anak Dilibas Siak Masjid Dengan Getah Paip Sampai Berbirat, Sebagai Amaran Elak Berbuat Bising

gempak
06/09/2024
21:55 MYT
Kecewa dan kesal, perkongsian seorang ibu mendakwa anaknya dipukul menggunakan getah paip di sebuah masjid semasa solat Jumaat menjadi perhatian warganet.
Viral

Wajah & Suara Disalah Guna, Khairul Aming Beri Peringatan Kepada Orang Ramai Agar Tidak Tertipu Dengan Scammer - “Berhati-Hati Sebab Fitnah Makin Berleluasa”

gempak
15/08/2024
04:55 MYT
Pencipta kandungan, Khairul Aming meluahkan rasa kebimbangan apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjualnya barangan kepada golongan berusia.
Unitar