Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

“Saya Lebih Rela Diam Sekarang, Bukan Kalah Atau Mengiyakan Fitnah" - Dewi

Umirah Halim
04/10/2024 01:26 MYT

Isu rumah tangga pasangan usahawan dan pempengaruh Jofliam dan Cik Epal masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial.

Pelbagai reaksi mengenai isu ini susulan pendedahan mengejutkan Jofliam mengenai kemelut rumah tangganya.

Terbaharu, pekerja wanita yang didakwa menjalinkan hubungan dengan Jofliam akhirnya tampil membuka mulut.

Lebih rela diam

Menerusi hantaran yang dikongsikan di akaun Instagramnta, Dewi atau nama lengkapnya Emira Delyati Dewi akui lebih rela untuk berdiam diri walaupun menerima segala kecaman dan kritikan terhadapnya.

“Saya lebih rela diam pada waktu sekarang, diam Itu bukan bermakna kalah atau mengiyakan fitnah fitnah,” tulisnya.

BERITA TRENDING: Jofliam Dakwa Sudah Lafaz Taklik, Ini Respons Cik Epal - “Buat Masa Sekarang Saya…”

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Dewi Pekerja Baik, Kalau Saya Pecat Dia Orang Lain Gembira, Tapi Saya Tidak..” - Jofliam

BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: “Yang Menghancurkan ‘Masjid’ Saya Adalah Kakak Saya” - Jofliam

​BERITA TRENDING: EKSKLUSIF: Jofliam Jawab Status Sebenar Rumah Tangga Dengan Cik Epal - “Sudah Lafaz Taklik, Selebihnya Serah Pada Mahkahmah..."

Malah dalam masa yang sama, dia juga memaklumkan akan menjawab semua persoalan mengenai spekulasi membabitkan rumah tangga majikannya itu beserta bukti pada waktu yang bersesuaian.

“Saya akan menjawab semua persoalan persoalan yang ditanya-tanya berserta bahan bukti, pada waktu yang tepat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial mengenai status hubungan Jofliam dan isterinya, malah pelbagai khabar angin mula timbul mengenai rumah tangga mereka termasuk dakwaan kehadiran orang ketiga.

Jofliam mendedahkan dia telah melafazkan taklik sekali dan masih menunggu keputusan mahkahmah untuk mengesahkan status rumah tangganya.

Kemudian, tular pula swafoto memaparkan Jofliam bersama seorang staf perempuannya yang dipercayai Dewi.

Namun, Jofliam yang terkenal dengan Pizza Wangyu menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan Dewi seperti yang didakwa ramai.

#cerai #Fitnah #Dewi #Pekerja #Jofliam #Cik Epal
;