,
Laman Utama

Lebih Seminggu Terlantar Di Hospital, Tabung Dana Kos Rawatan Nad Zainal Dilancarkan!

Syafiqah Jalal
30/11/2022
04:43 MYT
Setelah lebih seminggu terlantar di sebuah hospital swasta, satu tabung kecemasan mengutip sumbangan buat pelakon Nad Zainal yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dilancarkan.
Tabung derma kilat berkenaan bagi menampung kos rawatan pelakon itu sejak dimasukkan ke hospital lebih seminggu lalu.
Makluman mengenai tabung tersebut dikongsikan pengarah dan juga penerbit Shahrulezad menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.
Menurut Shaharulezad atau lebih dikenali sebagsi Budak Ijat di B, Tabung Kecemasan itu adalah insiatif rakan-rakan serta peminat Nad Zainal bagi menampung kos rawatan di hospital pakar, sekali gus membantu meringankan beban keluarganya.
“Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk membantu,” tulis pengarah drama Cina Buta itu.
Pada masa sama, Shahrulezad turut meminta orang ramai menguar-uarkan kutipan derma tersebut, selain tidak putus berdoa agar Nad kembali pulih dan sihat seperti sediakala.
Penderma yang bermurah hati untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun bank CIMB Pertubuhan Kebajikan As Siddiq menggunakan nombor akaun, 8604978484.
Dalam hantaran sama, pemilik rumah produksi RadiusOne itu turut berkongsi alamat e-mel, [email protected] untuk penderma memberikan resit sebagai bukti sumbangan.
Terdahulu ibu kepada dua cahaya mata itu dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri Isnin lalu akibat pendarahan paru-paru dan diintubasi bagi merehatkannya.
Selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal, Nad atau nama lengkapnya Farah Nadia Zainal Abidin semakin menunjukkan perkembangan positif dan difahamkan sudah beberapa kali membuka mata.
Biarpun hanya dalam tempoh singkat, kondisi terkini yang ditunjukkan pelakon Dendam Seorang Isteri itu nyata memberi kegembiraan buat semua.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayasan RI Salur Dana Pembangunan Ummah Kepada UM, USIM

gempak
22/11/2024
18:45 MYT
Memikirkan menjadi tugasnya berkongsi ilmu dan merintis usaha pembangunan ummah, Datuk Rizalman Ibrahim merintis kerja-kerja dakwah di bawah payung Yayasan Rizalman Ibrahim (Yayasan RI) yang diasaskannya.
Viral

Kalah Kes Saman Fitnah Terhadap Bekas Menantu, Ustaz Engku Fadzil Buka ‘Tabung’ Kutip Sumbangan - "Kesemuanya RM65,000"

gempak
29/10/2024
00:50 MYT
Tokoh agamawan ASWAJA yang juga bekas bapa mentua kepada bekas ratu cantik negara, Shakila Saiful iaitu Ustaz Engku Fadzil memohon sumbangan orang ramai untuk membiayai kos guaman peringkat rayuan selepas kalah kes saman fitnah terhadap bekas menantunya itu.
Hiburan

Khairul Aming Dedah Kos Perbelanjaan Bawa Staf Bercuti Hampir RM1 Juta, Netizen: - “Nak Jadi Staff Juga..”

gempak
21/10/2024
09:25 MYT
Usahawan dan pempengaruh Khairul Aming berjaya  mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan kos perbelanjaan percutian stafnya dan kos kerugian yang ditanggung apabila kilang ditutup.
Berita

Kanak-Kanak Lelaki Hilang Jari Selepas Terima Rawatan Jangkitan Kuku Di Spa Kaki

gempak
09/10/2024
00:55 MYT
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Lin telah mengalami jangkitan pada kuku jari telunjuk tangan kirinya pada Julai tahun lepas.
Berita

Alif Teega, Aisyah Hijanah Tak Mengaku Salah Guna Dana Awam Lebih RM1.5 Juta

gempak
23/09/2024
03:22 MYT
Pempengaruh Alif Teega Dan Isteri Aisyah Hijanah mengaku tidak bersalah atas kesalahan salah guna dana awam membabitkan nilai lebih RM1.5 juta.
Unitar