Laman Utama

LeBron James Tak Berkenan Ending Squid Game, Pengarah; "Kalau Dia Ada Idea, Boleh Buat Sekuel Sendiri Nanti"

gempak
Asraf Aided
27/10/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
LeBron James Tak Berkenan Ending Squid Game, Pengarah; "Kalau Dia Ada Idea, Boleh Buat Sekuel Sendiri Nanti"
Pemain bola keranjang NBA, LeBron James dilaporkan mengkritik pengakhiran siri Netflix popular Squid Game.
Memetik laporan TMZ, James berbuat demikian di hadapan pihak wartawan baru-baru ini.
"Saya tak suka pengakhirannya, saya tahu ia akan ada musim kedua, tapi naik saja kapal terbang itu dan jumpa sahaja anak awak (merujuk cerita tersebut), apa yang awak lakukan?" kata James.
Ekoran itu menerusi sebuah temu bual oleh The Guardian, pengarah Squid Game, Hwang Dong-hyuk disoal tentang perkara tersebut.
Responnya bersahaja dan mengucapkan terima kasih kepada James kerana menonton keseluruhan siri fenomena itu.
"Adakah anda telah menonton Space Jam 2? LeBron James adalah seorang yang cool dan boleh cakap apa yang dia mahu.
"Saya hormati perkara itu, saya juga sangat berterima kasih kerana dia telah menonton keseluruhan siri Squid Game," katanya.
Dalam pada itu, Hwang juga menegaskan bahawa dia tidak akan menukar pengakhiran Squid Game, dan jika James lebih gemar penceritaan berbeza, beliau mencadangkannya untuk tampil dengan sekuel yang lain.
"Saya tak akan tukar pengakhirannya, itu saya punya, kalau dia (James) ada pengakhiran tersendiri yang memuaskan hatinya, mungkin dia dia boleh hasilkan sekuel lain.
"Saya akan tengok dan mungkin akan mesej dia cakap saya suka keseluruhan siri kecuali bahagian akhirnya," katanya lagi.
Untuk makluman, LeBron James merupakan salah seorang pelakon dan penerbit bagi filem Space Jam: A New Legacy di mana penceritaannya berkaitan dengan permainan bola keranjang.
Squid Game menceritakan tentang mereka yang mengambil bahagian dalam permainan dan perlu bertahan untuk memenangi hadiah wang tunai lumayan.
Bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka kerana ia melibatkan nyawa. Lebih menarik, permainan yang dimainkan adalah permainan kanak-kanak popular.
Bukan itu sahaja, pelakon-pelakon hebat seperti Lee Jung Jae, Park Hae Soo, Wi Ha Joon, Jung Ho Yeon dan Heo Sung Tae juga memainkan peranan penting.
Setakat 18 Oktober lalu, hasil kutipan Squid Game seluruh dunia telah mencecah sekitar AS$900 juta sejak dilancarkan 17 September lalu.
Bagi anda yang belum menyaksikannya, tonton secara eksklusif di Netflix.
Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.
Kredit Foto: The Korea Economic Daily (Hwang) & USA Today (James)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live