,
Laman Utama

Lee Chong Wei Kecewa Atlet Badminton Negara Dikecam –“Tak Ada Yang Mahu Masuk Gelanggang Untuk Kalah…

Fiza Kamarudin
26/07/2021
02:23 MYT
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa kecewa apabila atlit badminton negara dikecam apabila mereka tewas dalam pertandingan.
Lee Chong Wei menerusi laman sosial Instagram (IG)nya berkata, sebagai bekas rakan sepasukan dia dapat memahami perasaan apabila dikecam.
Katanya lagi tidak ada atlit yang mahukan kekalahan dalam pertandingan, namun sudah menjadi adat pertandingan ada pemenang dan sebaliknya.
“Saya kecewa apabila membaca komen di sosial media yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka kalah. Saya dapat merasakan apa yang mereka rasa.
“Apa yang boleh saya katakan, saya kenal mereka. Mereka masuk ke gelanggang dengan satu tujuan iaitu mahu memenangi pertandingan untuk ‘bendera yang tersemat di dada’, untuk buat kita semua bangga.
“Tiada atlet yang mau kalah. Tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan setiap game, pasti ada 1 yang kalah, 1 yang menang.
“Cuma kadang-kadang ia bukan hari kita. Yang layan depan TV pun dah heart attack and kecewa, apalah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah kita patut memberi sokongan kepada mereka?
“No one wants to go in court and lose. These players brought you joy before. Don’t mock and desert them when they lost a game.
“Support them. Support MALAYSIA. Kita jaga kita.
“Note: @pschan88 @gohliuying Juniors, I’m proud of you. Real Malaysians are proud of you,” tulis beliau.
Pada Ahad, perjuangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Olimpik Tokyo terhenti apabila mereka tewas perlawanan kedua peringkat kumpulan kepada beregu Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Herttrich.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Allan Bimbang Tidak Diterima di Malaysia - “Hari-Hari Hitung Berapa Tiket Sudah Dijual”

gempak
05/10/2024
08:55 MYT
Allan Andersn, penyanyi program realiti X Factor Indonesia, mengakui bimbang bakatnya tidak dapat diterima oleh peminat seni di Malaysia.
Hiburan

“Silap Pertama Dia Datang KL” - Ceddy Ang Akui Kita Ketinggalan Dalam Memperkenalkan Budaya Malaysia Kepada IShowSpeed

gempak
02/10/2024
04:25 MYT
Menurut Ceddy, memperkenalkan makanan-makanan Malaysia kepada personaliti itu sangat bagus namun bawa berkunjung ke pusat membeli-belah itu bukan satu pilihan yang baik.
Hiburan

Konsert Terbesar Di Malaysia, Afgan Akui Gementar - “Sebagai Seorang Manusia Saya Juga..”

gempak
30/09/2024
10:25 MYT
Menurut Afgan atau nama sebenarnya, Afgansyah Reza,35, sepanjang berkecimpung di dalam industri seni suara selama 17 tahun, dia belum pernah lagi membuat persembahan di tempat yang mempunyai kapasiti yang banyak.
Hiburan

Selepas Australia Dan Indonesia, The Weekend Ke Malaysia?

gempak
28/09/2024
05:55 MYT
Dengan tamatnya konsert berkenaan, adakah selepas ini The Weekend bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia?
Hiburan

Bernadya Selamatkan Nyawa Content Creator Malaysia Menerusi Lagu

gempak
26/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi asal Indonesia yang kini cukup popular dalam kalangan pendengar generasi muda, Bernadya mendedahkan ada dalam kalangan peminat mengaku membatalkan niat melakukan perkara buruk terhadap diri sendiri selepas mendengar karya-karyanya.
BorakSeeni