Viral

Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

gempak
Gempak
07/08/2024
09:32 MYT
Sponsor Banner
Beg Jenama Mewah Harga Lebih RM20,000 Lee Zii Jia Raih Perhatian Wargamaya! - "Siap Ada Custom Made Nama"

Satu keping foto memaparkan pemain badminton perseorangan, Lee Zii Jia bergambar bersama pegawai perubatan, Jass Khuzairi mendapat perhatian ramai.

Namun, mata netizen tertumpu kepada beg yang dipakai Zii Jia iaitu Goyard, jenama beg mewah berasal dari Perancis.

Berdasarkan semakan oleh seorang netizen, harga jualan terkini beg berwarna hijau tersebut adalah RM22,608.

Apa yang menjadikan Goyard Bowling 45 ini sangat menyerlah adalah kerana rekaan corak monogram ikoniknya.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Apa Maksud Sebenar Isyarat Ditunjukkan Lee Zii Jia?
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Wanita OKU Eerah Burger Sanggup Datang Airport Sambut Kepulangan Lee Zii Jia, Luah Hasrat Jemput Ke Kedai Burger
BERITA TRENDING: Ranking Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga
BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Hadiahkan Pingat Gangsa, Lee Zii Jia Dedah Lalui Detik Hitam - “Saya Diamkan Diri Meskipun Mereka Aibkan Saya..”

Undang perhatian netizen

Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-rata netizen memuji citarasa pemilihan Zii Jia.

“Tak sangka LZJ ada custom Goyard bag, omg taste.

“Lawa jugak eh bag ni tapi kita belum mampu lagi.

“Siap ada custom name LZJ tu.

“Dia mampu,” komen beberapa netizen.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live