Laman Utama

“Lega Jimat Duit” - Ramai Bakal Pengantin Syukur Menteri Tak Benarkan Majlis Kenduri, Tapi Ada Juga Yang…

gempak
Hanafis Haris
05/10/2021
11:40 MYT
Sponsor Banner
“Lega Jimat Duit” - Ramai Bakal Pengantin Syukur Menteri Tak Benarkan Majlis Kenduri, Tapi Ada Juga Yang…

Semalam Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pihaknya masih belum yakin untuk kembali membenarkan aktiviti majlis sosial termasuk majlis perkahwinan.

Menerusi ciapan di Twitter, beliau berkata, aktiviti itu mungkin menjadi sektor terakhir yang akan kembali dibuka.

Menurutnya, keputusan membenarkan semula majlis sosial itu juga bergantung kepada tingkah laku rakyat selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

“Majlis sosial terutama dalam venue tertutup mungkin antara sektor terakhir dibuka.

“Saya belum yakin pada masa ini prosedur operasi standard (SOP) dapat diawasi ketika majlis perkahwinan besar-besaran diadakan.

“Pelitup muka ditanggalkan dan orang ramai berbual ketika sedang makan.

“Kita lihat bagaimana tingkah laku kita setelah rentas negeri dibenarkan,” tulis beliau.

Ciapan tersebut kemudian menarik perhatian ramai netizen dan rata-ratanya bersetuju jika majlis sebegitu ditangguhkan buat sementara waktu.

Paling menarik, ada juga bakal pengantin yang meminta supaya majlis perkahwinan langsung tidak dibenarkan sehingga hujung tahun.

Antara alasan mereka adalah untuk berjimat selain tidak mahu kes kembali meningkat secara drastik.

“KJ tolong lambat sikit benarkan majlis kenduri, jimat sikit duit kami”.

“Mungkin boleh terhadkan kehadiran tetamu kepada kurang 20 orang. Hanya yang rapat saja boleh hadir”.

“Fuh lega, jimat sikit nak keluar belanja kawin”. tulis beberapa netizen.

Pun begitu, ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan hingga ada yang membandingkan situasi di restoran dan ketika menghadiri kenduri kahwin.

Malah, pengusaha majlis perkahwinan juga menentang perlaksanaan sebegitu dan meminta Khairy untuk mempertimbangkan semula SOP terbaik.

(EMBED)

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live