HIBURAN
Legenda Gusti Dunia Hulk Hogan Meninggal Dunia
Legenda gusti dunia, Hulk Hogan, meninggal dunia pada usia 71 tahun selepas disyaki mengalami serangan jantung di kediamannya, hanya beberapa minggu selepas dilaporkan dimasukkan ke hospital.
Hogan, yang dilahirkan dengan nama Terry Gene Bollea, disahkan meninggal dunia selepas pihak polis dan paramedik dipanggil ke rumahnya di Clearwater, Florida, pada jam 9:51 pagi Khamis.
Menurut Polis Clearwater kepada The U.S. Sun, pasukan kecemasan bertindak selepas menerima panggilan kecemasan berkaitan serangan jantung. Hogan menerima rawatan di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Morton Plant.
Laporan TMZ menyatakan, Hogan dibawa keluar dari rumah menggunakan pengusung sebelum dimasukkan ke dalam ambulans dan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital.
Punca rasmi kematian masih belum didedahkan setakat ini.
Pihak World Wrestling Entertainment (WWE) mengesahkan pemergian bintang legenda itu menerusi satu kenyataan rasmi.
"WWE merakamkan ucapan takziah kepada keluarga, rakan-rakan, dan para peminat beliau di seluruh dunia," tulis kenyataan itu."WWE berdukacita dengan pemergian ahli Hall of Fame, Hulk Hogan."Sebagai antara tokoh paling dikenali dalam budaya pop, Hogan memainkan peranan penting dalam membawa WWE ke pentas dunia pada era 1980-an.
Kesihatan Hogan sebelum ini menjadi perhatian umum, dengan pelbagai khabar angin mendakwa beliau berada dalam keadaan kritikal dan koma.
Namun, isterinya, Sky, menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa jantung Hogan masih kuat dan sedang pulih daripada prosedur pembedahan leher.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hogan muncul sebagai ikon gusti era 1980-an dan menjadi figura utama dalam era kegemilangan World Wrestling Federation (WWF) yang kini dikenali sebagai WWE, di bawah pimpinan Vince McMahon.
Pengaruh luar biasa Hogan telah membantu mengangkat WWE menjadi kuasa besar hiburan gusti di peringkat antarabangsa.
Sumber: The Sun
Must-Watch Video