Lelaki Ditahan Seludup 100 Ekor Ular Dari 5 Spesies Berbeza Dalam Seluar
Maliah Surip
11/07/2024 02:25 MYT
11/07/2024 02:25 MYT
Seorang lelaki sanggup melakukan kerja gila yang membahayakan nyawa apabila menyeludup raturan ekor ular di dalam seluarnya.
Lelaki yang ditahan pihak kastam tempatan di Shenzhen, China dilaporkan membawa lebih 100 ekor ular yang disimpan di dalam seluarnya sewaktu melalui pemeriksaan di antara Hong Kong dan tanah besar China, lapor CNN.
“Selepas mengira jumlah ular yang diseludup keseluruhannya 104 ekor yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan warna,” tulis kenyataan yang diberikan kepada media massa.
Ular-ular tersebut pula datang dari lima spesis antaranya dari jenis Corn Snake,
Milk Snake dan Texas Ratu Snake dengan empat daripadanya bukan berasal dari China.
“Bagaimanapun tidak ada ular yang berbisa,” dedah kenyataan itu lagi.
Terdahulu pada Jun, seorang lelaki juga telah ditahan dalam percubaan menyeludup 454 kura-kura yang terancam dari Macau ke China.
Lelaki yang ditahan pihak kastam tempatan di Shenzhen, China dilaporkan membawa lebih 100 ekor ular yang disimpan di dalam seluarnya sewaktu melalui pemeriksaan di antara Hong Kong dan tanah besar China, lapor CNN.
BERITA TRENDING: Polis Jumpa Ular Dalam Seluar
Sewaktu pemeriksaan, pihak berkuasa menemukan enam beg kanvas lutsinar yang telah ditutup rapat disimpan dalam seluarnya.“Selepas mengira jumlah ular yang diseludup keseluruhannya 104 ekor yang terdiri daripada pelbagai jenis bentuk dan warna,” tulis kenyataan yang diberikan kepada media massa.