,
Laman Utama

Lelaki Ditemui Tergantung Di Jejantas Selepas Dijangkiti COVID-19

Zulaikha Yusof
28/06/2021
08:17 MYT
Seorang lelaki ditemui mati tergantung dalam kejadian di Jejantas Taman Impian Ehsan, Balakong, Selangor pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang telah menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pukul 7.47 pagi tadi memaklumkan mengenai kejadian itu.
“Siasatan awal mendapati lelaki berusia 56 tahun itu ditemui dalam keadaan tergantung di jejantas di Lebuh Raya SILK, Taman Impian Ehsan, Balakong.
“Maklumat daripada waris si mati mendapati, dia disyaki dijangkiti Covid-19 dan pernah mengatakan dia tidak tahan dengan sakit yang dialaminya seperti batuk, demam dan sesak nafas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya, mayat mangsa berjaya diturunkan dengan bantuan pihak bomba dan seterusnya dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Kajang untuk tujuan bedah siasat.
Sumber: Kosmo
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Rela Dimadu, Pengantin Lelaki Bersama Dua Isteri Sanding Serentak

gempak
18/09/2024
15:55 MYT
Majlis persandingan seorang lelaki bersama dua isterinya secara serentak telah menjadi tular.
Berita

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

gempak
12/09/2024
14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.
Berita

Bomba Potong Cincin Sangkut Pada Alat Sulit Lelaki

gempak
09/09/2024
12:55 MYT
Khidmat anggota bomba terpaksa digunakan bagi khidmat khas memotong cincin besi yang tersangkut pada alat sulit seorang lelaki yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Ahad.
Viral

Lelaki Mati Selepas Kerja 104 Hari, Cuti Rehat Sehari

gempak
08/09/2024
07:25 MYT
Seorang lelaki berusia 30 tahun di timur negara China meninggal dunia akibat kegagalan organ berikutan bekerja 104 hari dengan hanya satu hari cuti rehat.
Viral

Lelaki Selamba Kencing Depan Kedai Mixue

gempak
06/09/2024
07:25 MYT
Perbuatan seorang lelaki di Kupang, wilayah Nusa Tenggara Timur yang selamba membuang air kecil di hadapan sebuah kedai mengundang kecaman orang ramai.