,
Terkini

Lelaki Ini Menyesal Kahwin Dua, Isteri Pertama Dah Tak Manja Manakala Isteri Ke-2 Pula Layan Dirinya Persis Hamba

Izwan Isa
02/03/2024
11:55 MYT
Kisah lelaki berkahwin dua bukanlah satu kisah yang asing, apatah lagi jika banyaknya kes poligami datang daripada golongan artis dan figura yang dikenali.
Pun begitu, ia tidak bermakna secara realitinya lelaki berkahwin dua adalah hal yang langka dalam kehidupan orang biasa.
Dan impak daripada berkahwin lebih daripada satu menyebabkan banyak hal-hal rumit tumbuh, barangkali kesan daripada pembahagian kasih sayang antara suami dan isteri-isterinya.
Hal itu mungkin dirasai oleh seorang lelaki yang berkongsi mengenai kisah dirinya berkahwin dua.
Menerusi aplikasi NGL yang dimuat naik semula oleh pengguna platform X, lelaki terbabit mendakwa menyesal memilih untuk berpoligami. “Aku lelaki yang menyesal kahwin dua. Isteri pertama dah tak manja macam dulu, anak kandung dah benci aku. Anak tiri layan aku macam bank.
“Second wife layan aku macam hamba. Rasa nak putar balik masa dan fokus keluarga sendiri,” katanya.
Lelaki itu menambah, niat asalnya berkahwin dua adalah mahu membantu seorang wanita yang bergelar janda.
“Niat aku nak bantu janda tapi benda paling sakit aku rasa sekarang ini ialah anak-anak aku sendiri benci aku sampai tahap pandang muka aku pun tak nak. Aku dah malu nak cerita dekat kawan, jumpa psychiatrist pun tak membantu,” katanya.
Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan wargamaya meletakkan kesan yang diterima lelaki itu sebagai satu hal yang perlu dihadap jika berkahwin lebih daripada satu.
Foto kredit: ABC News Sumber: Platform X

BERITA TRENDING: Hantaran Bekas Isteri Suami Shakilla Khoriri Kembali Tular Di TikTok, Netizen Buat Spekulasi - “Ini Punca Mereka…

BERITA TRENDING: Curang Walaupun Ditatang Penuh Kasih, Wanita Ini ‘Cemburu’ Bekas Suami Hidup Tenang Lepas Bercerai

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fedi Nuril Pegang Watak Poligami Lagi, Peminat Harap Tak Jadi Dalam Dunia Nyata - “Satu Isteri Sudah Sangat Cukup”

gempak
20/11/2024
15:50 MYT
Aktor popular Indonesia, Fedi Nuril mencuri tumpuan apabila bakal tampil dalam naskah filem terbaharunya tidak lama lagi.
gegar-vaganza-11

GV11: Zehra Zambri Tak Menyesal Berhenti Kerja - "Ini Juga Minat Saya Dari Dulu, Cuma ..."

gempak
11/11/2024
12:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza musim 11 (GV11) Zehra Zambri akui pada awalnya sukar membuat keputusan untuk berhenti kerja untuk menyertai GV11.
Hiburan

Zila Bakarin Tak Pernah Menyesal Jadi Seksi - "Kalau Tahu Dari Dulu Saya Dah..."

gempak
27/10/2024
07:55 MYT
Pernah terkenal dengan imej seksi, Zila bagaimanapun tidak pernah menyesal dengan imej kontrovesi yang pernah dibawanya sedikit waktu dahulu.
Hiburan

Menyesal Tak Jaga Kebajikan Ibu, Pelawak Pak Ya Habiskan Satu Juzuk Al-Quran Setiap Minggu

gempak
10/09/2024
22:02 MYT
"Saya rasa menyesal sebab masa emak saya ada, saya tak bagi bantuan sebaiknya," itu luahan pelakon dan pelawak Ilya Buang atau lebih dikenali sebagai Pak Ya menerusi sesi podcast Your Career & Education Platform baru-baru ini.
Viral

Aisyah Hijanah Fail Cerai Terhadap Alif Teega

gempak
01/09/2024
09:28 MYT
'Doakan saya, ujian saya sangat berat'. Itu reaksi pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah Azhari berkaitan tuntutan cerai yang difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur baru-baru ini.
Unitar