Viral sepotong video yang memperlihatkan seorang lelaki mengerjakan solat salah kiblat, menghadap saf wanita baru-baru ini.

Video yang dirakam menerusi CCTV dalam sebuah surau itu dikongsikan oleh akaun TikTok dari Indonesia, @enambelaskuuu.
@enambelaskuuu dari tadi ngetawain ini? #ramadhancore #ramadhan #xyzbca ♬ suara asli - indah - inndudd

“Dari tadi gelakkan ini,” tulis akaun berkenaan.

Menerusi video berkenaan, lelaki yang mengenakan baju berwarna biru itu sedang khusyuk menunaikan solat.

Namun, selepas tahiyat awal, lelaki itu kemudiannya didatangi sebilangan kanak-kanak lelaki.

Kanak-kanak itu menepuk bahunya dan mengingatkannya bahawa hala tujunya salah.

Pada mulanya lelaki itu acuh tak acuh, namun, dia menoleh dan beralih arah. Dia kelihatan tersenyum malu apabila menyedari dia menuju ke arah kiblat yang salah.

Tiga lagi kanak-kanak kecil turut menghampiri lelaki tersebut sambil menunjukkan arah kiblat.

Berikut merupakan reaksi netizen yang mengakui lucu melihat video berkenaan:



Sumber: TikTok

BERITA TRENDING: Panjat Belakang, Sepak Kepala Jemaah Wanita Di Masjid! Perangai Kanak-Kanak Ini Bikin Netizen Panas Hati -…

BERITA TRENDING: Tetap Solat Walaupun Tak Miliki Fizikal Sempurna, Lelaki Ini Buat Ramai Netizen Tersentuh - “Sangat Luar Biasa…”