Sekilas
- Dai Fuad mengakui watak Nahar dalam siri Good Boy Go To Heaven masih meninggalkan kesan mendalam sehingga dia sukar untuk melepaskan karakter tersebut.
- Dia bersyukur mendapat sokongan pasukan produksi dan acting coach untuk membantu memisahkan watak Nahar daripada watak barunya, Pa, dalam filem Kudrat 1968.
- Dai Fuad hampir terlepas peluang menyertai Kudrat 1968 kerana sibuk dengan penggambaran, namun watak Nahar menjadi titik penting dalam perjalanan lakonannya.
Pelakon, Dai Fuad mengakui masih belum dapat melupakan watak Nahar yang dijayakannya menerusi siri Good Boy Go To Heaven.
Menurut Dai Fuad, karakter tersebut meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat dirinya sehingga dia masih melalui proses untuk ‘membersihkan’ atau melepaskan watak berkenaan selepas tamat menjalani penggambaran.
“Sejujurnya, sebab untuk Nahar pun saya belum move on daripada Nahar.
“Sebab saya masih baru, ada satu istilah dalam lakonan itu kita kena bersihkan, kita kena cuci watak itu. Saya masih belajar lagi untuk buat proses itu. Tapi Nahar, sejujurnya sebab saya sangat sayang watak itu, dan saya percaya siapa yang menonton Good Boy Go To Heaven juga rasa yang sama,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanapun, Dai Fuad berkata proses untuk keluar daripada ‘kepompong’ Nahar dan seterusnya membawa watak baharu bukan sesuatu yang mudah.
Malah, dia bersyukur kerana mendapat sokongan daripada pasukan produksi serta acting coach yang membantunya memisahkan karakter Nahar daripada watak baharunya, Pa, dalam Kudrat 1968.
“Dan untuk Pa sangat-sangat susah untuk keluar daripada kepompong itu tapi adanya team yang hebat daripada Astro dan Pasal Production, saya kena bagi kredit juga kepada acting coach kamilah, which is Encik Khairul Azwan Rozi."
“Dia cuba breakkan, 'kita simpan Naha, sekarang kita craft Pa daripada bawah and let's see how it goes,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dai juga berkongsi dia hampir terlepas untuk menyertai uji bakat Kudrat 1968 kerana pada ketika itu sedang sibuk menjalani pengambaran Good Boy Go To Heaven.
Namun begitu, Dai Fuad melihat segala kesukaran yang berlaku itu sebagai satu bentuk rezeki buat dirinya malah menyifatkan watak Nahar sebagai antara peluang penting yang membuka ruang untuk dirinya meneruskan perjalanan dalam dunia lakonan menerusi Kudrat 1968.
“Okey. Dia dia ada cerita di sebaliknya, sebab sebenarnya saya join err Kudrat 1968 agak lambat. Kalau nak ikut kronologi, saya kalau kalau tidak dipermudahkan urusannya, saya sebenarnya tak tak dapat join pun."
"Sebab saya pergi beberapa stage, tapi pada masa itu tengah shooting Good Boy Go To Heaven, audition process pula tengah berjalan. And audition process sangat-sangat serius."
"So banyak stage, stage, stage. Saya hanya mampu pergi ke beberapa stage dan saya dia dia dia hantar skrip pada saya, tapi saya tak sempat hantar sebab waktu tu kita berada di luar lokasi. Tapi sedikit sebanyak sebenarnya itu adalah tuah jugalah, rezeki masing-masing lah. Nahar itu is it's quite a golden egg untuk saya jugalah untuk dapat ke Kudrat 1968,” tambahnya.
KUDRAT 1968 mengisahkan seorang pelajar dipaksa memasuki institusi yang dibina atas nama bapanya. Namun, di sebalik legasi yang diwarisi, dia perlu memilih sama ada untuk melindungi sistem yang membentuknya atau menjadi individu yang akan menghancurkannya.
Sekadar info, Dai Fuad diperkenalkan sebagai salah seorang dari enam pelakon utama bagi filem KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 merupakan prekuel kepada dunia High Council yang membawa penonton menelusuri permulaan sistem hierarki rahsia dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadi titik awal kepada kisah yang diperkenalkan menerusi siri Projek: High Council dan filem Kahar: Kapla High Council.
Selain Dai Fuad, filem itu turut dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Chech Harith, Evertts Gomes, Akmal Asyraf dan ramai lagi.