,
Berita

Lelaki Jepun Berkimono Yang Merayau-Rayau Di Kuala Lumpur Rupa-Rupanya....

ZULHILMI JALIL
08/01/2020
23:10 MYT
Macam-macam spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen selepas gelagat seorang lelaki yang memakai pakaian tradisional Jepun dilihat berlegar-legar di sekitar Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kelibatnya yang merayau-rayau dengan berkimono itu diperhatikan bermula dari stesen transit aliran ringan (LRT) Kelana Jaya, KLCC, Pavilion sehinggalah ke kawasan sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
BACA: Kelibat Lelaki Jepun Berkimono Turut Dilihat Di Beberapa Lokasi Di Kuala Lumpur, Bawa Foto Wanita?
Ada yang mendakwa lelaki yang dipercayai orang Jepun itu sedang mencari seorang selepas dikatakan membawa sekeping gambar wanita yang kononnya merupakan ahli keluarganya.
BACA: Lelaki Jepun Berkimono Didakwa Cari Ahli Keluarga Hilang?
Malah, disebabkan kelibat lelaki Jepun itu juga, ramai pula netizen yang membuat pelbagai andaian dengan menggunakan hashtag #LelakiJepun di Twitter.
Sungguh pun begitu, di sebalik misteri kehadiran lelaki Jepun itu, dia sebenarnya sedang mempromosikan filem terbaru, The Garden of Evening Mists yang bakal bertemu penonton di pawagam bermula 16 Januari ini.
Kenapa berkimono? Sebab, rupa-rupanya filem tersebut akan menampilkan pelakon popular kelahiran Jepun, Hiroshi Abe.
Dalam filem itu nanti, pelakon berusia 56 tahun berkenaan turut menggayakan busana tradisional Jepun.
Bukan sahaja pakaian Jepun, bahkan, naskhah itu juga akan menampilkan sisi budaya negara Matahari Terbit yang lain. Antaranya termasuklah seni hiasan Taman Jepun yang akan menjadi salah satu fokus dalam penceritaan filem berkenaan.
Selain Hiroshi Abe, nama besar lain yang menjayakan filem adaptasi daripada novel itu ialah Sinje Lee (The Eye), Sylvia Chang (Love Education), David Oakes (Cold Skin), Julian Sands (The Girl With The Dragon Tattoo) dan John Hannah (The Mummy).
Filem tersebut menceritakan kesengsaraan kehidupan Teoh Yun Ling (lakonan Sinje Lee) akibat kekejaman Perang Dunia Kedua di Tanah Melayu yang cuba mencari ketenangan di Cameron Highlands.
Bagaimanapun, sewaktu di sana, ketika dia berusaha untuk membina sebuah taman bagi menzahirkan penghormatan kepada adik perempuannya yang terkorban, dia menjalin hubungan cinta terlarang bersama seorang tukang kebun bernama Nakamura Aritomo (lakonan Hiroshi Abe).
Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa saksikan filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia itu yang diadaptasi daripada novel The Garden Of Evening Mists!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

#FFM31: Filem The Garden Of Evening Mists Berjaya Rangkul Tiga Anugerah

gempak
11/12/2021
03:52 MYT
Tahniah kepada semua pemenang.
Laman Utama

Filem The Garden Of Evening Mists Akan Ditayangkan Di Jepun Julai Ini

gempak
23/06/2021
06:02 MYT
Filem terbitan Astro Shaw dan HBO Asia dengan sokongan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan dengan Kerjasama dari CJ Entertainment, The Garden of Evening Mists (TGOEM) bakal ditayangkan di Shibuya Euro Space, Jepun bermula 24 Julai.
Laman Utama

Beza Usia 31 Tahun & Melamar Di FaceTime, Ini 5 Fakta Tentang Perkahwinan Ke-5 Nicolas Cage

gempak
07/03/2021
01:45 MYT
Lagu tema kahwin pun Kiroro!
Laman Utama

The Garden Of Evening Mists & Pusaka Berjaya Disenarai Pendek Dalam Asian Academy Creative Awards

gempak
15/10/2020
13:47 MYT
Berita

The Garden of Evening Mists Dah Boleh Tonton Di Astro First, Jom Kita Layan!

gempak
03/03/2020
08:48 MYT