HIBURAN
Lelaki Menang Saman Pawagam Tayang Iklan Terlalu Banyak, Alami Penderitaan Mental
Seorang lelaki di India memenangi kes saman terhadap sebuah pawagam, PVR Inox dan platform pembelian tiket secara atas talian, BookMyShow selepas mendakwa dua pihak tersebut membuang masanya dengan menyiarkan terlalu banyak iklan sewaktu menonton wayang.
Abhishek MR, 30, menerusi dakwaan yang difailkan pada Disember 2023 mendakwa telah menempah tiga tiket filem untuk menyaksikan tayangan filem Bollywood pada pukul 4.05 minit waktu tempatan.
Bagaimanapun tayangan hanya bermula pada pukul 4.30 petang. Dia mendakwa terpaksa menonton tayangan iklan selama 25 minit yang disifatkan terlalu lama, lapor The Independent.
Hal yang membuat dirinya semakin tidak selesa dia perlu kembali ke tempat kerja selepas filem tersebut dijadualkan tamat pukul 6.30 petang.
Maka MR mendakwa telah mengalami penderitaan mental dan membuang 30 minit hanya untuk menonton iklan.
MR diputuskan memenangi tuntuntan tersebut apabila pawagam diarah membayar RM5,100 sebagai penalti dan tambahan RM2,550 kerana membuat MR mengalami gangguan mental. Pawagam juga diarah membayar kos saman sebanyak RM510.
“Dalam era baharu, masa adalah emas dan umpama duit. Setiap waktu amat berharga dan tiada seorang pun yang berhak mengambil kesempatan terhadap masa orang lain.
“Tempoh 25-30 minit duduk di dalam pawagam hanya untuk menonton iklan tidak patut berlaku kepada orang yang sibuk atau mempunyai jadual ketat,” ujar kenyataan yang diberikan.
Platform atas talian BookMyShow pula terlepas kerana tidak mempunyai hak atau kuasa di atas penayangan iklan dalam pawagam.
Must-Watch Video