Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Menangis Terkandas Bersama Jenazah Bapa Mentua Di Tepi Jalan

Gempak
23/06/2024 09:38 MYT
Seorang lelaki yang dalam perjalanan dari Sandakan ke Bongawan, Papar, pilu selepas terkandas bersama jenazah bapa mentuanya di jalan simpang Kota Belud pada Ahad akibat kenderaan mereka rosak.

Kejadian itu dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook Mohd Ariff Ahmad menerusi hantarannya dua jam lalu.

Malah, pemilik akaun tersebut juga telah membuat video secara langsung selama lebih 40 minit mengenai keadaannya yang sedang terkandas bersama jenazah bapa mentuanya.

Menurut perkongsiannya, lelaki tersebut mahu membawa bapa mentuanya menetap di kampung tetapi telah meninggal dunia dalam perjalanan dan mereka terkandas akibat kenderaan yang dipandunya rosak.

"Al-fatihah untuk bapa mentua...baru mahu bawa di kampung bersama kami, rupanya meninggalkan kami semua.

"(Kami) dari Sandakan dalam perjalanan pulang ke Bongawan, pam brek bocor terkandas beberapa jam sini. Kami berdua saja sekarang membuatkan air mata mengalir," tulisnya.

BERITA TRENDING: Gadis Tular Direject Bakal Mentua Didakwa Ada Agenda Tersembunyi? “Sepatutnya Dekat Situ Dia Dah…”

BERITA TRENDING: Bukan Sebab Lapar, Mentua ‘Sembelih’ Menantu Hamil 7 Bulan Sebab Tolak Seks

Dia juga berharap ada van jenazah yang lalu untuk membawa jenazah bapa mentuanya ketika ini.

"Andai kata ada van jenazah untuk bawa ke Bongawan, terima kasih tetapi itulah tiada kedengaran (maklumat) dari Tamparuli ke simpang Kota Belud.

"Kami berada di sebelum simpang Kota Belud, kalau dari Kundasang selepas simpang Kota Belud," katanya.

Sumber: Sinar Harian

BERITA TRENDING: Oh Ibu Mentua Ku! Menantu Cuba Halau Warga Emas Dengan Cara Pukul & Heret Keluar Dari Rumah

BERITA TRENDING: Pilu… Pengantin Wanita Terpaksa Kahwin Bakal Bapa Mentua Sebab Calon Suami…

#Viral #Menangis #Sabah #Jenazah #Bapa Mentua #Kota Belud