Sebuah video tular yang memaparkan seorang gadis, Sofia Arifah ‘direject’ oleh ibu kekasihnya meraih perhatian netizen baru-baru ini.

Difahamkan Sofia telah ditolak oleh bakal ibu mentuanya kerana dia merupakan seorang individu yang terlalu kerap menghasilkan content di media sosial.

Susulan itu, pempengaruh media sosial, Dr Muhammad Alif Zaki tampil dengan video stitch mendedahkan taktik licik tersirat yang telah dilakukan oleh wanita tersebut disebalik video yang tular itu.

@alepza11 #stitch with @Sofiaaary #shouldbeme nak aliff?ni aliff datang. read between the lines. Jangan mudah termakan dengan content. #dralphazaki ♬ original sound - Alpha Zaki

“Pada awal video dia (wanita tersebut) cakap nak buat content, nak rakam lepas tu bakal mak mentua dia tu terus sound katanya dia ni segala benda nak buat content, segalanya nak record.

“Sepatutnya dekat situ dia dah off record sebab mak boyfriend tu takde niat nak malukan, dia cakap pun dekat dalam kereta jadi benda ni di antara kau dengan dia sahaja, itu yang tersurat,” ujarnya di dalam video tersebut.

Dalam pada itu, setelah menyelidik ruangan profil Instagram wanita tersebut Zaki turut membongkarkan kegiatan bisnes multi level marketing (MLM) yang telah dilakukan wanita tersebut.

“Saya tekan lah Intagram dia yang dekat TikTok tu lepas tu saya tengok bio dia tulis ‘nak sis guide buat income DM’.

“Kau buat business apa ni dik? Lepastu tengok lagi bio dia tulis ‘Belajar buat 4 angka sehari with sis Sofia’. Korang dah tahu lah kan video aku ni menghala ke mana?,” tambahnya lagi.

Berita Trending: Polis Trafik Didakwa Minta RM100 Daripada Pelancong UK Tular, Ini Respons JSPT Bukit Aman

Jadi, menurut Dr Aliff video yang tular itu hanyalah semata-mata taktik ‘pancing’ yang digunakan demi mendapatkan ‘orang bawah’ baharu.

“Ini adalah perkara yang paling jelas kenapa kau buat video itu.

“Sebab kau punya business adalah bermula daripada modal RM306, kita semua tahu apa modus operandi business ni.

“So kau buat video begitu untuk bermain dengan emosi orang untuk dapatkan simpati dan dapatkan curiosity untuk orang tertanya-tanya business apa yang kau buat,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pada akhir video tersebut Dr Aliff turut menasihati wanita tersebut mengelakkan diri daripada terus terjebak dengan perniagaan MLM itu supaya tidak menyesal di hari kemudian kelak.