Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lelaki Rempuh Kedai Bekas Kekasih Selepas Berpisah

Gempak
12/09/2024 14:59 MYT
Seorang lelaki berdepan hukuman penjara ‘untuk tempoh lama’ kerana merempuh kedai milik bekas kekasihnya dalam cubaan membunuh mangsa selepas hubungan mereka putus, lapor akhbar The Sun UK.

William McBurnie merempuh cermin hadapan perniagaan pengebumian milik Zoe Turnbull, selepas wanita itu berpisah dengannya.

Ahli perniagaan berusia 46 tahun itu berada di pejabat bersama ibunya, Beverly Turnbull, 71, yang mengalami serangan jantung beberapa minit selepas kereta tertuduh merempuh premis di Jalan Utama Jedburgh, England.

Mahkamah Tinggi Livingston ketika perbicaraan diberitahu bahawa tertuduh mengganggu mangsa dengan teks, e-mel dan mesej tanpa henti selama beberapa bulan yang membawa kepada insiden pada Disember 2022 tersebut.

Menurut mangsa, tertuduh sering mempamerkan sikap ganas ketika mereka menjalin hubungan, menyebabkan dia nekad memutuskan hubungan mereka.

Hakim Mulholland berkata,

“Anda cuba membunuh dua wanita yang tidak melakukan apa-apa selain bekerja. Ia adalah perkara yang sangat serius dan anda akan dijatuhkan hukuman penjara yang sangat lama”, katanya.

BERITA TRENDING: Kongsi Emak Menanggung Rindu, Kakak Buka Tabung Untuk Jamin Abang Bas

BERITA TRENDING: "Selamat Ulang Tahun Ke-25 Kak Ngah" - Bapa Arwah Nurin Jazlin Masih Rindu Pelukan Anak, Percaya Masih Hidup

BERITA TRENDING: Gadis 18 Tahun Ditemui Mati Tanpa Seurat Benang, Tangan Diikat Dengan Coli

BERITA TRENDING: Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh


Sumber: Kosmo ONLINE!

#Kekasih #Berpisah #Bekas #Lelaki #Kedai #Rempuh