Berita
"Selamat Ulang Tahun Ke-25 Kak Ngah" - Bapa Arwah Nurin Jazlin Masih Rindu Pelukan Anak, Percaya Masih Hidup
17 tahun berlalu, kisah kematian tragis kanak-kanak perempuan Nurin Jazlin Jazimin masih basah dalam ingatan rakyat Malaysia.
Lebih pilu, hari ini, 11 September 2024 genaplah usia Nurin Jazlin 25 tahun andai Allahyarham masih hidup.
BERITA BERKAITAN : Liyana Jasmay Sebak Peminat Nombor Satu Sudah Tiada - “Ibu Selalu Bersama Saya..”
BERITA BERKAITAN : Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia” BERITA BERKAITAN : Konsert Jiwa Malaysia 2024: 15,000 Penonton Hadir, Berkumpul Sejak Pukul 2 Petang!
BERITA BERKAITAN : 3 Hari Penuh Kemeriahan Di SYOK Fest KITA 2024, Pelbagai Hiburan Untuk Pengunjung
Menjejak semula memori yang pernah merakamkan detik hitam dalam sejarah jenayah negara, Gempak berkesempatan bertemu dengan bapa Allahyarham Nurin Jazlin, Jazimin Abdul Jalil."Rindu kami kepada arwah kak ngah (panggilan Nurin Jazlin di rumah) tidak pernah padam. Setiap masa saya rindu anak saya, setiap tahun apabila tibanya tarikh ini, pasti saya akan teringat kenangan bersamanya, beli kek, hadiah dan segala yang dia mahu," buka kata-kata Jazimin.
Menyelami hati seorang bapa, Jazimin tetap percaya puterinya itu masih hidup."Nanti kalau saya cakap orang kata saya gila. Tapi saya tahu Nurin masih hidup, cuma saya tak tahu dia dimana.
"Beginilah waktu saya diminta uruskan pengebumian anak walaupun memang saya tahu itu bukan anak saya tapi saya tetap uruskan. Kenapa? Sebab saya tahu berdosa kalau saya tak teruskan," lanjut bicaranya lagi.Kata Jazimin lagi, dia memanjatkan rasa syukur ada dalam kalangan pengikut laman media sosialnya yang ingin melaksanakan bacaan tahlil untuk puteri kesayangannya itu.
Advertisement
Pada 20 Ogos 2007, Allahyarham Nurin Jazlin dilaporkan hilang didakwa telah diculik ketika dia meninggalkan rumah sendirian untuk menuju ke pasar malam di Wangsa Maju.
Berita hitam menyusul apabila Allahyarham ditemui dalam keadaan menyayat hati pada 17 September 2007. Mayatnya diletakan di dalam sebuah beg sukan tanpa seurat benang di Petaling Jaya.
Penemuan tersebut telah membawa kepada siasatan lanjut dan hasil pemeriksaan memaklumkan bahawa kanak-kanak malang itu telah dirogol dan dibunuh.
Identiti perogol dan pembunuh itu masih bebas dan kes itu juga belum selesai sehingga ke hari ini.
Must-Watch Video