,
Berita

Mahu Heret Pengusaha Taska Ke Muka Pengadilan - Bapa Al Fateh

Gempak
11/09/2024
04:25 MYT

Ibu bapa bayi lelaki yang maut dalam jagaan pengasuh taman asuhan kanak-kanak (Taska) pada Jumaat lalu akan menuntut bela atas kematian anak syurga mereka.

Harap Pihak Berkuasa Amanah

Menurut laporan Sinar Harian, menerusi catatannya di media sosial, Facebook, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim,39, berkata, bukan sahaja hukuman dikenakan kepada pengasuh namun dalam hal ini pengusaha taska juga perlu bertanggungjawab dan tidak terlepas daripada tindakan undang-undang.

Menurutnya, dia berharap pihak berkuasa menjalankan amanah dan tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Kami akan ambil tindakan undang-undang semaksimumnya agar menjadi pengajaran dan iktibar kepada mereka yang lain supaya tiada lagi anak-anak taska lain menjadi mangsa korban seterusnya.

"Mohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius perkara ini," tulisnya.

Dia yang berkhidmat di Kem Perdana Sungai Besi Kuala Lumpur berkata, pangkat dan jawatan diberi pihak yang terlibat untuk berkhidmat kepada rakyat dan di akhirat kelak, semuanya itu akan dihisab di hadapan ALLAH SWT.

"Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokong dan prihatin, mohon doakan saya dan isteri terus kuat bagi meneruskan kehidupan serta perjuangan menuntut bela ini. Sama-sama kita bantu satu sama lain," luahnya.

Terdahulu, Sinar Harian pada malam Jumaat lalu melaporkan bayi lelaki berusia lapan bulan, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri meninggal dunia di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah selepas beberapa jam dihantar ke pusat jagaan itu.

Mohd Fikry Amri juga melahirkan rasa terkilan dan sedih kerana bayi sulung yang dinantikan selama 13 tahun didakwa dibedung, disumbat botol susu, tutup dengan kain dan tekup dengan bantal oleh suspek berusia 34 tahun.

Menurutnya, tindakan tidak berperikemanusiaan pengasuh di taska itu terhadap bayinya, Muhammad Al Fateh Amri dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.

Sumber: Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Memang Pedas Tapi Geram Sangat…” - Reen Rahim Ulas Isu Ibu Bapa Pilih Kasih Disalah Erti

gempak
07/10/2024
12:55 MYT
Pelakon Reen Rahim menegur tindakan segelintir anak yang mengkritik dan memburukkan ibu bapa mereka dengan alasan tidak mendapat layanan yang baik.
Hiburan

Norman Hakim Kongsi Momen Terakhir Ibu Bersama Arwah Bapa - “Selama 48 Tahun Hidup, Tak Pernah Nampak Mak Keluar Air Mata”

gempak
07/10/2024
00:55 MYT
Pelakon, Norman Hakim mengimbas kembali momen terakhir sebelum bapanya, Zaidon Abdul Rahim meninggal dunia.
Viral

Bapa Durjana Jual Anak Berharga RM4,000 Kepada Pasangan Tanpa Zuriat

gempak
05/10/2024
11:45 MYT
Seorang lelaki berusia 36 tahun bersikap kejam apabila tergamak menjual bayinya kepada pasangan berkahwin lain yang sudah lama menantikan zuriat.
Gaya Hidup

Jangka Hayat Bayi Lahir Pada 2024 Dijangka Hidup Sehingga 75.2 Tahun

gempak
30/09/2024
16:21 MYT
Bayi yang lahir pada 2024 secara purata dijangka hidup sehingga 75.2 tahun dengan bayi perempuan hidup 4.8 tahun lebih lama berbanding bayi lelaki, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Hiburan

Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Sebak Kenang Nasib Fazura - "Tenangkan Dirimu..."

gempak
27/09/2024
01:55 MYT
Pelakon Fazura berkongsi memuat naik video Artificial Intelligence (AI) memaparkan dirinya seakan-akan sedang memeluk arwah bapanya.
BorakSeeni