Seorang lelaki yang dikenali sebagai Daniel Haikal didakwa tidak pulang ke rumah selepas melakukan urusan jual beli telefon bimbit jenis iPhone di Pulau Pinang.

Menerusi perkongsian ibu saudaranya, Eyraswan Ramadhan di Instagram, Daniel hilang tanpa sebarang khabar berita sejak 3 Oktober lalu.

“Dia VC (panggilan video) tunang dia di Facebook minta tolong selamatkan dia, sambil menangis dan berlari-lari untuk mencari jalan keluar dari tempat tersebut. Tapi panggilan video termati sebab telefon habis bateri. Dia tak sempat beritahu lokasinya.

“Mohon jasa baik semua untuk sebarkan kehilangan anak buah saya,” tulis Eyra.

Dalam pada itu, ibu kepada Daniel berharap anaknya segera kembali ke pangkuan keluarga.

“Semoga Allah permudahkan urusan anakku, Muhammad Daniel Haikal. Semua tempat mama cari abang, tak jumpa. Semoga abang cepat balik.

“Ya Allah ya Tuhan, lindungilah anakku. Jauhkanlah dia dari benda-benda yang tak baik.” katanya.

Sumber: Instagram

BACA: ‘Kantoi’ Lekatkan 68 Buah iPhone Untuk Seludup Masuk Ke China​