Masihkah anda ingat sebuah video tular merakamkan seorang lelaki melatah yang pengsan mendengar bunyi tembakan di lapang sasar beberapa tahun yang lalu?

Ya, ia bukan main-main sebaliknya jurusolek yang dikenali sebagai PS Mansor ini benar-benar pengsan seketika kerana penyakit latahnya.

Bagaimanapun kata orang rezeki tak pernah salah alamat, kini PS Mansur bergelar pelakon untuk filem Kampung Latah Kena Kuarantin.

BACA: Penangan Melatah! Baru Sehari Tayang, Kampung Latah Kena Kuarantin Terus Nombor 1 Di Astro First

Lebih menarik, filem Kampung Latah Kena Kuarantin ini majoriti para pelakonnya juga kuat melatah antaranya Azhan Rani, Nazia Mustafar dan Ieda Moin.

Melihat kepada barisan pelakonnya sahaja sudah boleh bayangkan betapa kecohnya filem tersebut kan?

Dalam filem ini juga penonton dapat melihat gelagat PS Mansur yang lucu setiap kali melatah, memang tidak kering gusi dibuatnya.

BACA: Bila Selebriti Melatah Berlakon Satu Filem, Kampung Latah Kena Kuarantin Lucu Sangat!

Jadi jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).

Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand mulai 9 September juga.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.


Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.

Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).

Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).

Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.

Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.

Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.

Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.