Baru sehari ditayangkan, filem Kampung Latah Kena Kuarantin lakonan Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Masur dan Elisya Sandha ini mendapat tempat di hati penonton.

Sebagai bukti, filem ini berjaya menduduki tangga pertama carta top 5 di Astro First hari ini.

Malah menerusi komen-komen di laman sosial juga, ternyata Kampung Latah Kena Kuarantin mendapat respon positif penonton.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Rata-ratanya menyatakan rasa seronok melihat gelagar pelakon-pelakon melatah dalam filem berkenaan.

Mungkin ada tidak tahu sebenarnya pelakon-pelakon yang membintangi filem ini juga merupakan seorang yang kuat melatah.

Jadi rasanya anda sendiri boleh bayangkan betapa havoc situasi mereka bukan?

BACA: Bila Selebriti Melatah Berlakon Satu Filem, Kampung Latah Kena Kuarantin Lucu Sangat!

Jadi jangan lupa tau tonton Kampung Latah Kena Kuarantin bermula 9 September di pawagam rumah anda, Astro First (saluran 480).

Anda juga boleh strim Kampung Latah Kena Kuarantin di Astro Go atau On Demand mulai 9 September juga.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Sinopsis:

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai, sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai.

Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur).

Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha).

Tetapi Apoi (Joey Daud) telah dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak.

Apoi bersama konconya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati.

Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, melatah sehingga meninggal serta melatah sehingga terbunuh rakan atau pasangan.

Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelasaian.

Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan ada yang karut.