HIBURAN
Lengkap Berjubah Putih, Bella Dally & Suami Berangkat Tunai Haji
Pelakon, Bella Dally berangkat menunaikan ibadah haji bersama suami, Arif Izuddin Mohd Radzali, semalam.
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Bella berkongsi semula hantaran rakan selebriti yang memaparkan Bella dan suami di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Lengkap berjubah serba putih, Bella kelihatan ceria bersama suami sebelum berangkat menunaikan rukun Islam kelima itu.
Sebelum ini, Bella memaklumkan dia dan suami bakal mengerjakan ibadah Haji. Bella turut mengadakan majlis kenduri doa selamat.
“Saya dan suami dengan rendah hati ingin memohon kemaafan sekiranya ada salah dan silap yang pernah kami lakukan, sama ada disedari ataupun tidak.
“Doakan agar urusan kami dipermudahkan dan ibadah ini diterima oleh-Nya,” tulisnya.
Untuk info, Bella sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac 2019.
Must-Watch Video