Pelakon, Zulin Aziz tidak dapat menahan sebak baik sahaja menerima berita kematian kucing kesayangannya yang bernama Leo.

Menurut Zulin, kucing peliharaannya itu terjatuh dari balkoni rumah saat pembantu rumah sedang melakukan kerja-kerja pembersihan.

“Ujian Ramadan, Leo jatuh balkoni masa bibik kemas rumah. Leo dah tak ada, kenapa tak tunggu mummy daddy balik umrah.

“Tak tahu nak cakap macam mana, berderau jantung. Leo… Balik Malaysia ni dah tak ada Leo dekat rumah, Leo tak ada… Leo dah tak ada….” coretnya sebak.

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya yang juga pencinta kucing turut merasai kesedihan Zulin.

Sungguh perit apabila kehilangan haiwan peliharaan yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri. Semoga Zulin tabah…

Zulin dan suaminya ketika ini berada di tanah suci Makkah untuk menjalankan ibadah umrah.