Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Lepas 4 Bulan Pra Perkahwinan, Kos RM700 Juta, Dari Kim K Sampai Mantan Presiden Hadir, Anant Ambani & Radhika Akhirnya Kahwin

Maliah Surip
13/07/2024 13:55 MYT
Selepas lebih empat bulan meraikan majlis pra perkahwinan penuh gemilang, akhirnya anak orang terkaya Asia, Anant Ambani dan Radhika Merchant berkahwin.

Majlis perkahwinan serba serbi mewah itu terlangsung di bandaraya Mumbai, India selepas empat hari pasangan tersebut menjalani beberapa acara tradisional sebelumnya seperti Mameru, Garba night, Grah Shanti dan Shiv Pooja.

Kahwin

Dengan berlangsungnya majlis yang penuh mahsyur itu, media massa menyifatkan perkahwinan Anant dan Radhika, 29, itu sebagai Wedding of The Century.

Hal itu lantaran kemegahan majlis yang dilaporkan menelan belanja sekitar RM700 juta sejak pesta dimulakan pada Mac lalu oleh pengerusi Reliance Industries iaitu Mukesh Ambani.

Kemewahan majlis berterusan pada malam perkahwinan apabila Ambani dikatakan telah menyewa tiga jet peribadi untuk menerbangkan tetamu yang merupakan tokoh negara dan para selebriti dari seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa Kaya Sangat? Keluarga Ambani Bakal Langsungkan Majlis Perkahwinan 'Crazy Rich Asians' Sebenar!

ARTIKEL BERKAITAN: Kalahkan Rihanna, Justin Bieber Dibayar RM47 Juta Menyanyi Di Pra Perkahwinan Anak Lelaki Terkaya Di Asia

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas Rihanna, Katy Perry Buat Persembahan Di Pra Perkahwinan Ke-2 Anak Individu Terkaya Asia

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna Dibayar RM38 Juta Hiburkan Tetamu Pra Perkahwinan Individu Terkaya India

ARTIKEL BERKAITAN: Pasangan Kaya India Rai Pra Perkahwinan 3 Hari, Rihanna Buat Show, Bill Gates & Mark Zuckerberg Antara Tetamu

Antara tetamu kenamaan yang hadir pada majlis yang berlangsung Jumaat itu termasuklah bekas Perdana Menteri UK, Tony Blair dan Boris Johnson, selebriti Kim Kardashian, John Cena, pasangan Priyanka Jonas serta barisan bintang Bollywood seperti Shah Rukh Khan, Salman Khan, Ranveer Singh, Deepika Padukone, Aamir Khan, Janhvi Kapoor, Alia Bhatt, Ananya Panday, Ranbir Kapoor, Vicky Kaushal, Katrina Kaif, Amitabh Bachchan dan Aishwarya Rai Bachchan.

Malah kebanyakan jalan utama ditutup bagi kelancaran majlis yang turut mengundang kontroversi bagi segelintir pihak kerana disifatkan keterlaluan dan tidak sensitif dengan situasi semasa termasuk masyarakat miskin tegar di India.

Beberapa bulan sebelum mereka menjadi suami isteri, Anant dan Radhika telah diraikan dengan majlis pra perkahwinan yang antaranya menyaksikan persembahan eksklusif daripada penyanyi antarabangsa termasuk Rihanna, Katy Perry dan Justin Bieber menerusi keraian yang berbeza-beza.

Majlis pra perkahwinan anak ketiga Ambani dengan taikun farmasi Mukesh Ambani itu juga telah dihadiri ramai tokoh ternama seperti Mark Zuckerberg dari Meta dan Bill Gates dari Microsoft.

Mukesh Ambani, 66, pada masa ini berada dalam senarai orang ke-10 terkaya di dunia dengan nilai bersih kekayaannya ialah AS$115 bilion, menurut Forbes.

#Kahwin #Anant Ambani #Radhika Merchant