Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad redha selepas menerima berita isteri kesayangannya, Syafiqah Aina mengalami keguguran.

Menerusi perkongsian Hafiz di akaun Instagram miliknya, Hafiz memaklumkan menerima berita sedih itu ketika dia berada di Kelantan untuk membantu sahabat baiknya yang jatuh sakit.

“Aina surprise saya minggu, katanya dah dua bulan hamil. Gembira sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada dua kantung.

“Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris dan perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur dan teruja sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi…

“Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yang sakit semalam masuk dalam kereta dan terus terima panggilan dari Aina sebab dia pergi buat pemeriksaan.

“ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA”

“Saya tak tahu nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yang sama terima panggilan macam tu, korang boleh rasa tak perasaan saya?” kongsinya.

Happy dapat rezeki anak, tapi.. “Abang, anak kita dalam kandungan dah tak ada” Aina surprise saya last week, katanya dah 2 bulan pregnant. Happy sangat rasa, tambah pula Dr kata scan ada 2 kantung Andai kata betul kembar, lelaki saya namakan Haikal Aris & perempuan tak fikir lagi. Sujud syukur & excited sangat sebab puteri sulung saya bakal dapat adik. Tapi.. Semalam, waktu saya tengah bantu sahabat. Selepas angkat sahabat yg sakit semalam masuk dalam kereta & terus terima call dari Aina sebab dia pergi checkup “ABANG, ANAK KITA DALAM KANDUNGAN DAH TAK ADA” Saya tak tau nak react apa, saya tengah bantu sahabat saya dalam masa yg sama terima call macamtu, korang boleh rasa tak perasaan saya ? Saya belajar something, nak tau apa ? Disaat saya terima call tu, aina kata anak saya dah takde & mata Saya tgk sahabat saya tengah tak berdaya depan mata Rasa syukur saya terus tinggi, saya taknak kecewa & tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk & saya belajar untuk redha Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bg lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy & mummy. Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu 2 bulan dalam kandungan Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy & kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dgn rezeki halal sayang Ini semua 1 cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi & sentiasa ikhlas dalam usaha. “Kejayaan Demi Kebahagiaan” selalu di hati kami Allah.. Siapa pun yg mengharapkan zuriat, kau kurniakanlah mereka semua & kurniakan kesihatan buat mereka yg sedang mengandung itu Mummy, thank you jagakan anak kita dalam kandungan 2 bulan & terima kasih surprise daddy last week. Abang happy sayang sebab anak itu anak yg tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on


Bagaimanapun, Hafiz menganggap perkara itu sebagai sebahagian daripada ujian Tuhan kepada dirinya untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Saya belajar sesuatu, nak tau apa? Disaat saya terima panggilan tu, Aina kata anak saya dah tak ada dan mata saya tengok sahabat saya tengah tak berdaya depan mata

“Rasa syukur saya terus tinggi, saya tak nak kecewa dan tolak takdir Allah! Ada tu Allah nak tunjuk dan saya belajar untuk redha

“Tipu tak sedih, lagi lagi Aina. Tapi kami yakin, ada benda Allah nak bagi lagi, kami yakin sangat. Sebab berita tu saya terima dalam waktu saya tengah bantu orang.

“Andai kamu lelaki. Daddy namakan kamu Haikal Aris. Haikal Aris, kamu pergi dulu dari daddy dan mummy.

“Kamu tunggu kami di syurga, pimpin kami nanti sayang. Ada sebab Allah ambil kamu di usia kamu dua bulan dalam kandungan.

“Sebak daddy menulis ni. Sayang, pimpin daddy mummy dan kakak kamu nanti di syurga. Selagi masih hidup, daddy bekalkan rezeki keluarga kita dengan rezeki halal sayang.

“Ini semua satu cerita untuk Allah mengajar saya sekeluarga menjadi kuat lagi dan sentiasa ikhlas dalam usaha.

“Mummy, terima jagakan anak kita dalam kandungan dua bulan dan terima kasih surprise daddy last week.

“Abang happy sayang sebab anak itu anak yang tunggu kita di syurga. Terima kasih @syafiqahaina,” coretnya

Terdahulu, Hafiz menjadi tular selepas beritanya yang sanggup pulang ke Kelantan sebaik sahaja mendapat berita mengenai keadaan rakan baiknya yang jatuh sakit semalam (1 Oktober 2020).

Hafiz telah meninggalkan segala kerja di Kuala Lumpur dan bergegas ke kampung halaman untuk membantu rakannya.

BACA: “Stroke Sebab Kerja Kuat” – Sahabat Sejati! Lelaki Ini Terus Batal Semua Kerja, Fly Dari KL Ke Kelantan Untuk Bawa Rakan Ke Hospital

Hafiz merupakan suami kepada personaliti media sosial terkenal, Syafiqah Aina.

Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Pasangan ini menerima kedatangan cahaya mata, Raisya Arisa pada 25 Jun 2019.