Sebelum ini, pelakon Harris Annuar berkongsi momen lucu apabila isterinya, Asha Merican yang sedang hamil mengidam untuk menghidu simen dan bermain permainan lato-lato.

BACA: Lepas Mengidam Bau Simen, Isteri Harris Annuar Teringin Nak Main Lato-Lato Pula; “Ras Puas Lain Macam…”

BACA: [VIDEO] “Dia Sedut Juga Sikit Nafas Tu” - Lucu Lihat Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Bau Simen

Terbaharu, Asha Merican yang juga seorang aktres mengidam pula untuk makan sabun. Malah difahamkan dia sudah pun memakan sabun tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram, Harris berkata dia tidak mampu menghalang kerana isterinya sudah melakukan hal itu sebelum memberitahu kepadanya. Namun bersyukur, Asha telah meludahkan semula sabun itu.

“Ha sudah bini aku dah makan pula ni, kata dia rasanya fuh kicking.

“Mengidam level apa pula ni? Nak halang pun tak boleh dia dah buat dulu. Nasib dia ludah balik haha,” kongsi Harris.

A post shared by BANGKITBOTAK (@harrisannuar)

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pasangan itu selain ada yang menganggap mengidam perkara pelik adalah sesuatu hal normal.