Laman Utama

“Lepas Ni Gunung Kinabalu Pula” - Tengku Hassanal Shah Tawan Puncak Gunung Tahan

gempak
Azwa Rahman
05/08/2020
10:13 MYT
Sponsor Banner
“Lepas Ni Gunung Kinabalu Pula” - Tengku Hassanal Shah Tawan Puncak Gunung Tahan
Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Shah berjaya menawan gunung tertinggi di negeri itu, Gunung Tahan.
Menerusi laman sosial Instagram, Tengku memuat naik foto ketika berada di puncak untuk tatapan umum.
“Saya di sini,” tulis Tengku menerusi ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu, Tengku mengenakan pakaian celoreng askar berwarna hijau lengkap bertopi dan sarung tangan, tersenyum membelakangi papan tanda Gunung Tahan.
Program kembara empat hari ini adalah cetusan Tengku sendiri, untuk menyaksikan dan menghayati keindahan bumi bertuah Pahang Darul Makmur.
A post shared by Tengku Hassanal Shah (@this.7) on
Tidak pergi bersendirian, turut mengiringi kembara ini adalah pegawai, kakitangan Istana Abdulaziz dan pegawai serta anggota Batalion ke-12, Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize).
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut memberikan ucapan tahniah serta memuji keberanian Tengku.
“Putera raja pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Tahan, tahniah tuanku,” puji seorang wargamaya.
“Berjaya sampai ke puncak, tahniah dan dirgahayu tuanku,” kata seorang wargamaya.
“Steady tuanku, rindunya puncak Tahan!” komen seorang wargamaya.
“Alhamdulillah tuanku, boleh la tawan Gunung Kinabalu lepas ni,” ujar seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah mendapat hampir 40,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live