Hiburan
Lepas Suruh Buka Kolam, Ismail Sabri Yaakob Jadi Lifeguard Cucu Berenang... “Guard Muka Reda”
Anak perempuan pereka fesyen terkenal Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Sabrina, Jeanelle Nika Mandagie mencuri perhatian wargamaya apabila aktiviti mandi kolamnya dikawal oleh datuk, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi laman sosial Instagram, Jovian berkongsi sekeping foto aksi Jeanelle dan Ismail Sabri untuk tatapan umum.
“J dan penyelamatnya,” tulis Jovian sebagai kapsyen.
Menerusi foto tersebut, Jeanelle yang baru turut ke dalam kolam renang dipantau oleh Ismail Sabri.
Terdahulu, aksi Jeanelle menyuruh datuknya membuka kembali kolam renang turut mencuit hari wargamaya.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi cucu dan atuknya.
“Guard dia Menteri Pertahanan, jangan main-main,” tulis seorang wargamaya.
“Comelnya cucu pak long! Membesar dengan baik dan sihat ya,” puji seorang wargamaya.
“Mereka berdua dah berbincang untuk buka taman permainan ke belum?” usik seorang wargamaya.
“Lifeguard muka reda, miss J punya kaki tu geramnya macam ayam Texas Chicken,” komen seorang wargamaya.
“Kan atuk yang buka pool, jadi atuk la yang kena jaga miss J,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 30,000 tanda suka daripada wargamaya.
Must-Watch Video