HIBURAN

Lepas Tayang Miss V, Netizen Tak Tenang Fara Mendoza Kongsi Video Rawatan Di Bahagian Punggung Pula - “Semua Dia Nak…”

Umirah Halim 22/06/2025 | 11:55 MYT
Nama pelakon dan usahawan, Fara Mendoza, kembali menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas berkongsi satu lagi video rawatan kecantikan.
Menerusi sebuah video di Instagram Story miliknya, Fara atau nama sebenar Norfaralinah Md Yunus, 37, memuat naik rakaman pendek ketika sedang menjalani sesi rawatan waxing di sebuah pusat kecantikan.
Dalam video tersebut, turut kelihatan bagaimana rawatan berkenaan dilakukan pada bahagian punggungnya.
“Rawatan bulanan saya, tiada bulu + bersih + wangi! sumpah best! good servis,” tulisnya di hantaran itu.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen di media sosial ada netizen yang menyifatkan perkongsian itu terlalu peribadi untuk dikongsi secara terbuka.
“Wow, story Fara Mendoza panas hari ini. Haritu laser bahagian Miss V, sekarang bontot pula.
“Fara Mendoza review waxing dekat satu badan. Dah la body putih melepak, semua dia nak tunjuk,” komen beberapa netizen.
Namun, terdapat juga segelintir yang mempertahankan tindakan Fara, menyatakan bahawa rawatan seperti itu sememangnya merangkumi pelbagai bahagian tubuh dan tidak seharusnya menjadi isu sekiranya dikongsi secara profesional.
Untuk rekod, ini bukan kali pertama Fara mencetuskan kontroversi dalam media sosial. Terdahulu, dia pernah memuat naik video ketika menjalani rawatan Brazilian wax, yang menampakkan sebahagian kawasan sensitif tubuh sehingga mengundang kecaman netizen.
#Fara Mendoza #Punggung #Sulit